Nilai Sebuah Kemaafan

Sayidina Anas r.a. meriwayatkan:

“Pada suatu hari kami melihat Rasulullah saw sedang duduk. Kemudian, beliau tertawa gembira. Maka Sayidina Umar r.a. bertanya: ‘Mengapa Rasulullah saw tertawa?’. Jawab Rasulullah saw: ‘Ada dua orang umatku menghitung-hitung haknya. Yang seorang berkata: ‘Ya Allah! Berikanlah kepadaku hak yang dizalimi oleh saudaraku ini’. Maka Allah SWT berfiman: “Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu”. Yang seorang lagi menjawab: ‘Ya Rabbi! Kebaikanku telah habis, maka tidak ada apa lagi untuk aku bayar kepada saudaraku ini’. Orang yang pertama tadi berkata pula: ‘Oleh itu, kamu kena tanggung segala dosaku sebagai ganti”.

Sambil menitiskin air mata, Rasulullah saw meneruskan ceritanya. Kemudian, Allah SWT berfirman: “Angkatlah kepalamu dan lihatlah syurga”. Setelah melihatnya, orang yang menuntut tadi berkata: ‘Aku telah melihat kota-kota yang berlantaikan perak, gedung-gedung indah yang diperbuat dari emas dan bertatahkan ratna yang indah. Apakah semua itu untuk Nabi atau untuk mereka yang mati syahid?’. Allah SWT berfirman: “Engkau juga dapat menikmatinya dengan mengampuni saudara yang telah menzalimi kamu itu”. Jawab si penuntut: ‘Jika demikian, sekarang juga saya memaafkan dia, Ya Rabbii’.

Kemudian Rasulullah saw bersabda: “Bertakwalah, kemudian tuluslah di antara kamu kerana Allah menyukai ketulusan dan keikhlasan di antara kaum Mukminin”.

*****************************************

Tersentuh hati bila terbaca kisah ni…betapa besarnya nilai kemaafan itu di sisi Allah SWT…

Dengan kesempatan yang ada, dengan seikhlas hati ini…dgn lafaz بسم الله الرحمن الرحيم…ana maafkan segala kesalahan dan kesilapan bagi setiap insan yang pernah berurusan dengan ana… yang pernah mengguriskan hati ana sama ada secara sedar atau tidak…besar atau kecil…ana maafkan. Jika ada yang berhutang dgn ana, tak kisahlah berapa jumlahnya…ana halalkan dunia akhirat.

Harapan dan hendaknya mereka juga dapat memaafkan segala salah silap yang pernah ana lakukan seikhlas hati mereka. Jika ana ada hutang yang belum terlangsai…minta segera dan ingatkan ana (walaupun 1 sen)…sementara nyawa masih ada. Sama-sama kita peringatkan supaya di akhirat kelak kita tak disoal akan hak penghutang dan pemberi hutang.

Ana tak memandang hal ini sesuatu yg remeh…sebab tulah ana peringatkan antum. Selebihnya biarlah Allah SWT yang tentukan…

*****************************************

Sebaik-baik kaya ialah KAYA HATI
Sebaik-baik bekal ialah TAQWA
Seburuk-buruk buta ialah BUTA HATI
Sebesar-besar dosa ialah BERDUSTA
Seburuk-buruk usaha ialah memungut RIBA
Seburuk-buruk makanan usaha ialah makan HARTA ANAK YATIM
Siapa memaafkan orang akan di MAAFKAN ALLAH
Dan sesiapa mengampuni orang akan di AMPUNI ALLAH
 (copied) 

***Maaf atas segala salah silap sama ada melalui kata-kata***
Atau tingkah laku…atau mungkin juga hati
Kerana usia hidup tak diketahui oleh manusia…
Bila-bila masa sahaja akan dijemput kembali…

Wassalam

Rabu – 14 Jun 2008 bersamaan 9 Jamadil Akhir 1429 H – 12:37 a.m.

3 comments:

  1. salam..

    asifnii beberapa hari ni busy dengan prog tu, nak online, tak sempat baca blog anti..

    posting yg mantop..

    hm ana pun nak mintak maaf gak kot2 ada salah silap ke..

    ana juga maafkan enti..

    ReplyDelete
  2. salam ukhty 3aabidah,

    sy juga nak mohon maaf sbb lewat baca emel. sy dah balas emel ukhty.

    sy doakan ukhty slalu dalam rohmat-NYA.

    ReplyDelete
  3. alaykom slm wbt...

    [kahfi8] - ooh...xpe. ada kelapangan, lawatlah blog ana...brkongsi mklumt...

    [pondok buku] - ana x ambil hati...syukran 3ala du3aa...

    ReplyDelete