Mahathir Gesa Umat Islam Seluruh Dunia Pulau Produk Belanda

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam di seluruh dunia memulaukan produk Belanda sebagai satu bantahan berkesan berikutan sebuah filem Belanda, Fitna, yang mengkritik Al-Quran yang disiarkan di Internet.

Beliau berkata pemulauan itu boleh menyebabkan Belanda lumpuh kerana umat Islam meliputi sebahagian besar penduduk dunia yang kaya dan juga pengimport terbesar.

Bagaimanapun, semua 1.3 bilion umat islam di dunia mestilah bersatu dan meletakkan kepentingan Islam dan umat Islam daripada keperluan individu jika mahukan pemulauan ini berkesan.

"Kalau orang Islam bersatu kita mudah saja ambil tindakan. Kalau kita pulau barangan dari Belanda dia tutup negeri, pasal yang beli banyak sekali, yang kaya sekali di dunia ini adalah orang Islam. "Kalau semua 1,300 juta orang Islam kata kami tidak kan beli barang dari Belanda, maka barulah berkesan. "Kalau nak pulau buatlah betul-betul.

Tapi orang kita kata, dia (Belanda) pun berniaga dengan kita juga, kalau kita tahan dia, dia rugilah. Jadi (kalau begini) kita tak fikir sebagai orang Islam, kita fikir untuk kepentingan diri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-46 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.

Filem Fitna itu, selama 15 minit yang disiarkan dalam sebuah laman web pada 27 Mac yang mengkritik Islam, yang menunjukkan surah Al-Quran dengan berlatar belakangkan imej keganasan akibat serangan pengganas.

Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengelur filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu.

Sebelum itu, Dr Mahathir berkata filem tesebut disiarkan berikutan salah faham dan "sudah pasti ada motif kritikal".

"Mereka akan terus berbuat demikian sehingga kita menunjukkan Islam itu satu agama yang baik, kita bukan orang yang ganas, bahawa kita tidak berbohong kepada orang ramai...tetapi ini mesti ditunjukkan dalam amalan oleh masyarakat Islam ," kata beliau.

--
BERNAMA

- Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Rais Yatim turut mengutuk filem ini. Juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Singapura, Wong Kan Seng turut kesal dengan penerbitan filem ini.

********************************************

Oleh itu, marilah kita sama-sama bersatu menyekat ekonomi negara mereka…bagi menunjukkan kita umat islam bukan umat yang rela agamanya dihina sebegini rupa.

“Islam agama kami, Allah matlamat kami”

Bersama laungkan takbir! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!


Sumber: http:// al-ahkam.net

.::Warkah Nasuha::.

Salam perjuangan, salam ukhwah sahabat-sahabat semua. Kali ni ana nak kemukakan sebuah puisi dari seorang sahabat…tapi ana tak ingat dari mana ana copy hasil nukilannya. Hm…nampaknya ingatan ana dah semakin lemah…afwan. Tak pelah, yang penting…..ana nak kongsi dengan antum mesej dalam puisi ni… puisi yang menyentuh hati dan menginsafkan (bagi ana la)…

WARKAH NASUHA


"Di kesunyian tafakur ini kuutus warkah rindu
Berpenakan keinsafan ditangan kananku
mencoret kembali tinta hitam didadaku
Saat kita berjauhan dikala itu
Kelam kalbuku tanpa nur kasih Mu
Lupa janji disuatu waktu
Sedang keampunan Mu melangit bagiku
Aku termanggu

Di keheningan fajar keimanan kuhitungkan
Amalku dijejari kerdil ku pertaruhkan
Sedang anugerah Mu buih dilautan
Aku cuba layarkan bahtera
Tapi sayangnya cinta Mu bukan Pelabuhan

Di kegelapan malam yang tiada cahaya
Ku nyalakan obor kasih kita
Ku limpahkan zikir bicara sukma
Penghubung antara dua dunia

Diambang Gerbang ini kutanya rohaniku
Siapa aku di pinggiran Arasy Mu
Tiada Daya untuk Neraka Api Mu
Tiada Layak Buat Firdaus Mu
Namun aku harap bayangan redha Mu
Akan terus memayungiku
Aku Harap Kau terima warkahku
Sebelum Kau menjemputku"

Pembersihan Jiwa

Sebagai muslim yg mengaku beriman kpd Allah SWT, kita perlu melakukan pembersihan jiwa(taubat) bukan sahaja setiap hari, bahkan setiap detik kita bernafas. Hal ini dianjurkan dan diperintahkan Allah SWT dalam surah an-Nur;

Firman Allah SWT:

Bertaubatlah kamu semua kpd Allah wahai org2 yg beriman agar kamu beruntung. (An-Nur : 31)

Mengapa perlu bertaubat?...kerana ia adalah suatu keperluan yg menghantar seorang hamba menjadi kekasih Allah.

Firman Allah SWT:

Sesungguhnya Allah menyukai org2 yg bertaubat dan menyukai org2 yg menyucikan diri. (Al-Baqarah : 222)

Menurut al-A’az al-Muzanni r.a, Nabi SAW bersabda: “Apabila timbul perasaan dlm hatiku, maka aku beristighfar (memohon keampunan) kpd Allah 100 kali sehari”. (HR Muslim)

Abu Hurairah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Demi Allah, setiap hari aku beristighfar dan memohon taubat kpd Allah lebih dr 70 kali”. (HR Bukhari)

Berusahalah utk bertafakur sepanjang hidup ini…renungkan kembali apa yg telah kita lakukan selama ini. Jika selama ini kita banyak menghabiskan masa dgn melakukan ketaatan kpd Allah, maka bersyukurlah dan istiqamahlah…sebaliknya, jika kita banyak menghabiskan waktu kehidupan ini dgn kemaksiatan, maka sedarlah segera serta beristighfarlah dan bertaubatlah…!!!

Jgn pula menyesali diri sambil tertawa gembira…sebaliknya sedarkan diri dgn kejujuran dan ketulusan hati kembali ke jalan Allah SWT. Tundukkanlah diri di hadapannya dgn rasa rendah diri, hina dan sangat memerlukanNya… sesungguhnya, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…Dia pasti akan menerima taubat hambanya yg ikhlas, Dia akan menggantikan kesedihan dgn keceriaan, kehinaan dgn kemuliaan, kegelapan dgn cahaya, terselindung dgn yg terbuka…

Sahabat, ketahuilah bahawa apabila seorang hamba Allah itu jatuh ke dlm perbuatan dosa, dgn itu juga hatinya akan menjadi gelap gelita. Perbuatan maksiat itu ibarat api sementara kegelapan ibarat asapnya. Jiwa akan menjadi gelap krn tompokan maksiat…dan ia hanya akan menjadi bersih dgn bertaubat kpd Allah SWT.

Taubat merupakan pusat(maqam) pertama di mana segala amal ibadat kita hanya akan diterima Allah jika didahului dgnnya. Besi yg berkarat tidak akan bersih dgn sendirinya tanpa kita yg membersihkannya…dan utk kembalikannya kpd rupa bentuk yg asal memerlukan proses-proses tertentu…begitulah yg dimaksudkan dgn taubat...bagaimana hati yg kotor boleh diterima amalannya tanpa disucikan terlebih dahulu…???!!!

Sabda Rasulullah SAW: “Ketika seorang mukmin melakukan satu dosa akan ada bintik hitam di jiwanya. Jika ia bertaubat, sedar dan memohon keampunan, bintik hitam tadi akan terhapus. Namun jika ia terus menambah dosa, bintik hitamnya akan bertambah hingga menutup jiwanya. Itulah kotoran yg Allah maksudkan dlm al-Quran : Jgn sesekali berbuat demikian, sebenarnya perbuatan-perbuatan mereka mengotori hati mereka”. (HR al-Tirmidzi, disahihkan oleh Nasa’i)

Hanya taubat yg dpt mencuci hitamnya jiwa seorang hamba Allah sehingga amal soleh boleh nampak jelas dan diterimaNya. Oleh itu, jgn ditangguhkan lagi…..mohonlah taubat kpd Allah SWT sentiasa….dgn itu, hidup akan menjadi lebih baik krn taubat itu adalah kurniaan Allah kpd hambaNya yg terpilih.

Firman Allah: Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) fasik setelah iman dan siapa yg tidak bertaubat, maka mereka itulah org2 yg zalim. (Al-Hujurat : 11)

Perhatikan ayat al-quran di atas (al-Baqarah : 222), ayat tersebut menunjukkan bahawa Allah meletakkan hambaNya yg bertaubat sebagai org yg dicintaiNya, bukan lagi yg mencintai. Bermakna kita akan termasuk dikalangan org yg dicintai Allah jika kita bertaubat. Subhanallah…….besarnya ganjaran Allah kpd hambaNya, takkah kita merasa rugi jika masih tak mengambil iktibar dr ayat ini?

Suatu hari Syeikh Abu al-Hasan al-Syadzili bercerita; Aku pernah ditegur: “Wahai Ali, bersihkan bajumu dgn pertolongan Allah. Pasti ia akan sentiasa terpelihara”. Aku pun bertanya: “Baju yg mana?”. Ia menjawab: “Allah telah memberimu pakaian Islam. Siapa yg mengenali Allah, yg lain tiada erti baginya. Siapa yg mencintai Allah, yg lain menjadi hina pd pandangannya. Siapa yg mengesakan Allah, ia tidak akan menyekutukanNya. Siapa yg beriman kpd Allah pasti aman dr segala sesuatu serta siapa yg berserah diri pd Allah, kecil kemungkinan akan terjerumus. Sekiranya terjerumus, ia akan cepat memohon keampunan dan ketika meminta keampunan, pasti akan dikabulkan”.

Syeikh Abu al-Hasan lantas berkata: “Darinya aku memahami firman Allah yg berbunyi : ‘Bersihkan Bajumu!’, ”.

Jadi, apakah kita masih selesa memakai pakaian yg dikotori dgn lumpur maksiat dan dosa, sedangkan kita mampu membersihkannya dgn iman dan taqwa…tidakkah ia sesuatu yg pelik???!!!

Ana tertarik dgn kata-kata seorang pendakwah dlm penulisannya, ‘Wahai manusia, ketika kamu merasa berat utk melakukan amal ketaatan dan ibadat, ketika kamu merasa sibuk dan tidak mendapat kenikmatan di dalamnya, lalu kamu memandang ringan maksiat bahkan merasa nikmat sehingga kamu melakukan maksiat dgn mudah…dlm keadaan itu, ketahuilah bahawa kamu belum jujur dlm bertaubat. Dlm hatimu masih terdapat penyakit. Kamu belum sampai ke tahap org yg ikhlas dan bertaubat. Krn jika dasarnya benar, cabangnya juga pasti benar. Begitulah juga sebaliknya’.

Oleh itu, sahabat-sahabat sekalian, pembersihan jiwa sangat penting kpd diri kita sebagai seorang muslim…..tidak ada ertinya ‘muslim’ tanpa ‘iman’ di dada…maka mulakanlah dgn taubat…..sucikan kembali hati kita yg tlh lama dikotori dosa-dosa… dgn pancaran cahaya iman.

.::Cintakan Rasulullah::.

Wahai insan, ketahuilah bahawa kita akan mendapat kedudukan yg mulia di sisi Allah SWT jika mengikuti sunnah Nabi SAW. Sebaliknya, kita akan diremehkan dan jauh dariNya jika tidak mengikuti Nabi SAW.

Mengapa??? Kerana kunci segala kebaikan adalah mengikut sunnah Nabi SAW. Maka, ikutilah sunnah baginda dan sentiasalah merasa cukup dgn segala kurniaan Allah, bersikap zuhudlah terhadap milik org lain, jangan rakus pd dunia serta tinggalkanlah ucapan dan perbuatan yg sia-sia. Sesungguhnya siapa yg Allah bukakan pintu hatinya utk mengikuti sunnah Nabi SAW, itu petanda bahawa ia telah dicintaiNya.

Firman Allah SWT:

Katakan (wahai Muhammad), jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintai dan mengampuni dosa-dosa kamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ali Imran : 31)

Terdapat 2 aspek dlm ikutan sunnah Nabi SAW iaitu aspek lahiriah dan batiniah.

Aspek lahiriah merupaka solat, puasa, zakat, haji, jihad fi sabilillah serta pelbagai ibadat lainnya. Manakala aspek batiniah merupakan keyakinan adanya pertemuan dgn Allah dlm solat, disertai kekhusyukan dan renungan terhadap bacaan ayat-ayatNya.

Bila kita sedang melakukan amal ibadat seperti solat dan membaca al-Quran, namun ketika itu tidak dapat merasakan kehadiran Allah, tak miliki rasa takut, tak berfikir dan tak boleh merenung…bererti penyakit batin telah menghinggap diri kita. Entahlah…sama ada itu adalah kesombongan, ujub atau seumpama dengannya. Astaghfirullah al-‘azim…

Firman Allah SWT:

Aku tidak memalingkan org2 yg menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yg benar. (Al-A’raf : 146)

Dgn mengikuti sunnah nabi, kita seolah-olah tergolong sebagai sebahagian ahli keluarga baginda SAW…….walaupun hakikatnya kita tiada hubungan persaudaraan dgn baginda SAW. Sesungguhnya, sikap patuh dan taat…..mengikat tali hubungan, manakala sikap membangkang pula punca putusnya hubungan. Hal ini dikisahkan Allah dalam firmanNya:

Allah membuat isteri Nuh dan isteri Lut perumpamaan bagi org2 kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan kedua hambaKu yg soleh tetapi keduanya telah mengkhianati suami mereka, maka kedua suaminya tidak dpt membantu mereka sedikitpun dari (seksaan) Allah dan dikatakan kpd keduanya : Masuklah kamu berdua ke dlm neraka bersama yg lainnya. (At-Tahrim : 10)

Nabi SAW bersabda: “Tahukah engkau org yg rugi?”. Para sahabat menjawab: “Org yg rugi adalah yg tidak mempunyai wang dan harta”. Nabi SAW menyanggah: “Orang yg rugi adalah org yg pd hari kiamat datang dgn membawa solat, puasa dan zakat tetapi ia pernah mencaci, merosak kehormatan, memakan harta haram, menumpahkan darah dan memukul org. Sehingga sebagai gantinya, amal kebaikannya diberikan kpd org2 yg teraniaya itu. Apabila amal kebaikannya telah habis sebelum bebanan kewajipannya terbayar, dosa-dosa mereka diambil dan diberikan padanya sehingga ia dilempar ke neraka. (HR Muslim dan a-Tirmidzi)

Jika kita mengaku mencintai Rasululullah SAW, perbanyakkanlah berselawat ke atas junjungan baginda SAW mengikut kemampuan masing-masing.

Menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa berselawat atasku sekali, Allah akan berselawat padanya 10 kali. (HR Muslim dan Abu Daud)

Firman Allah SWT: Sesungguhnya Allah beserta para malaikatNya berselawat atas Nabi SAW. Wahai org2 yg beriman, ucapkanlah selawat dan salam atasnya. (Al-Ahzab : 56)

Sahabat…..Itu baru sekali selawat, kalau 10 kali… maknanya Allah akan selawat kpd kita 100 kali…dan seterusnya. Itu secara matematiknya la kan…jadi kenapa masih berat utk berselawat???!!! Allah SWT sendiri berselawat ke atas baginda SAW…..jadi mengapa kita terlalu sombong??!! Fikir….fikirkan sahabat2….

Secebis Rindu Buat Kekasih

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah saw. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut-sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu?”. “ Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku”,kata Rasulullah. ‘Ikhwanku’ itu, menurut Rasulullah saw, adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka..

****************************************************

Doa Imam Mekah Yang Menyayat Hati

Doa Imam besar Mekah hingga menangis...Beliau telah ditangkap selepas selesai doa tersebut ... semuga ALLAH menetapkan Imannya.

"Ya Allah, Yang memiliki segala Keagungan dan Kebesaran. Ya Allah, Yang maha Berkuasa, Yang Agung, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. Kami memohon Keagungan dan Kekuasaan-Mu. Dan kemenangan bagi seluruh mujahiddin yang berjuang pada jalan-Mu. Ya Allah, tetaplah di sebelah mereka dan bersama-sama mereka. Anugerahkanlah kejayaan, dan perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukan wawasan mereka, tetapkanlahlah sasaran senjata mereka, dan teguhkanlah kata-kata mereka, Ya Allah, cekalkanlah hati-hati mereka. Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka.

Ya Allah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka, Ya Allah, nasib kami ditangan-Mu, dan urusan kami akan dikembalikan kepada-Mu, dan keadaan kami tidak terlindung dari pengetahuan- Mu, Kepada-Mu serahkan kesengsaraan kami, Dan jiwa kami, dan kepada-Mu kami mengadu, Kepada-Mu dan hanya kepada-Mu sahajalah kami mengadu tentang kekejaman mereka yang menindas, Dan kekejaman "Faajirin", Dan kemarahan mereka yang dikhianati oleh penjenayah. Hanya kepada-Mu, Ya Allah, kami mengadu tentang kekejaman dendam Kristian, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (dan lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan.

Dendam golongan atheis telah berterusan jauh. Dan ... Pemimpin penjenayah Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Kirimkan kepada mereka tangan-tangan kebenaran ... Untuk mengangkat dengannya penghinaan kami, Dan untuk mengembalikan kepada kamu penghormatan kami, Dan untuk memusnahkan musuh kami dengannya, Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, (lagi) Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, Ya Allah, Kirimkan Kekuasaan-Mu menentang Amerika, Pusat kekufuran dan fasaad (lagi) Kirimkan kekuasaan-Mu menentang Amerika, (lagi) Pusat kekufuran dan fasaad, Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Mereka menyebarkan fasaad di bumi-Mu.

Dan mereka membunuh hamba-Mu, Dan mereka menghina agama-Mu (lagi) Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Dan di atas mereka segala kekuatan, Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka, (lagi) Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka. Ya Allah, hantarkan kepada mereka ribut kaum Aad, dan tangisan kaum Thamud, Dan taufan kaum Nuh, Ya Allah, Hantarkan kepada mereka sesuatu yang diturunkan dari langit, Dan dari apa yang keluar dari bumi, Ya Allah, Engkau pecah-belahkan negara mereka, Ya Allah, Jadikanlah negara mereka berpecahbelah dan pisahkanlah mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup dan Maha Berkuasa, Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, (lagi) Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan. (Lagi) Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan.

(berhenti 30 saat) Ya Allah, bebaskanlah saudara-saudara kami yang ditawan, Ya Allah, bebaskanlah mereka, Ya Allah, berilah kekuatan kepada mereka, Ya Allah, Teguhkanlah keimanan mereka, Ya Allah, jadikanlah segala kemungkinan untuk mereka, Ya Allah, urusilah orang-orang yang menyiksa mereka. (Lagi) Ya Allah uruskanlah orang-orang yang menyiksa mereka, Ya Allah hapuskanlah mereka dengan kuasa-Mu dan Kekuasaan-Mu,

Ya Allah, jadikanlah perancangan mereka menentang kami sebagai sebab kepada kehancuran mereka, Dan kelicikan mereka, sebagai kelicikan terhadap mereka, Ya Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar dan Yang Maha Pengasih, Yang Mendengar segala doa, Yang terdekat, untuk menerima doa, Kami berdoa kepada-Mu, menyedari janji-janji- Mu, dan penerimaan-Mu. Kerana Engkau telah berfirman dan kata-kata-Mu adalah benar: "Mintalah kepada-Ku, Aku akan menerima permintaanmu" , Ya Allah, terimalah doa kami, (lagi) Ya Allah, terimalah doa kami,

Ya Allah, Yang Maha Kekal, Yang Maha Agong, Yang Maha Berkuasa di atas segala yang ada di langit dan bumi, kami memohon agar Engkau selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, (lagi) Ya Allah, selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, Ya Allah, bebaskanlah al-Aqsa daripada setiap kegelapan hati orang-orang kafir, Ya Allah, rehatkanlah kami dalam membebaskan Aqsa, dan kalahkanlah dendam Yahudi, Ya Tuhan yang Maha besar lagi Maha Pengasih, Seluruh makhluk merendah diri kepada-Mu, patuh, ... Ya Allah, Penciptakami dari satu ruh, Ya Allah, Yang Maha Tinggi kedudukan-Mu, Ya Allah, Yang mempunyai kekuatan yang Maha Kuat, kami memohon kepada keagongan Islam dan umat Islam.

Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, lindungilah para ulama yang berkerja keras (lagi) lindungilah para ulama yang berkerja keras, Dan teguhkanlah mereka yang ikhlas menyeru manusia pada jalan-Mu, Dan angkatlah kedudukan mereka yang menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, Dan anugerahkanlah keampunan yang sama kepada umat Islam yang menyertai mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, Yang Maha Besar lagi Maha Pengasih, Ya Allah, dia yang menyerah diri untuk menghancurkan mereka, Yang bercakap untuk memburukkan kehormatan mereka, Dan mencari tempat perlindungan mereka, Dan mereka yang tidak Engkau berikan petunjuk, Ya Allah, jadikanlah kesengsaraan destini mereka, Ya Allah, kekacauan di jalannya, Ya allah, tukarkanlah kesihatan mereka kepada kesakitan, Dan kekuatan mereka kepada penyakit, Dan kekayaan mereka kepada kemiskinan, Dan kekuasaan mereka kepada kelemahan.

Amin Ya Rabbal 'alamin!"

****************************************************

Doa yang sangat menyayat hati…menitis air mata bila membacanya…inilah hati umat islam yang sebenar, tidak sanggup melihat dan mendengar kekejaman musuh-musuh islam ke atas saudara-saudara seislam.

Marilah kita jadikan doa ini, sebahagian doa selepas solat kita…semoga dengan usaha yang sedikit dapat membantu mereka (umat isalam) yang berjuang di jalan Allah.

Maulidur Rasul.....Sejauh Mana Penghayatan Umat Islam

Salam alayk wbt…ila ikhwan wa akhawat…Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin…….selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat baginda dan seluruh muslimin muslimat…

Lazimnya umat manusia zaman ini sering menyambut ulang tahun kelahiran masing-masing, mungkin sebagai suatu peringatan atau sekadar ingin berseronok. Tetapi ingat, jangan sampai melampaui batas! Hakikatnya, bertambahnya umur kita maka semakin berkuranglah usia kita di dunia ini…..

Hari ini 12 Rabiul Awal 1429H bersamaan 20 Mac 2008, merupakan ulang tahun keputraan baginda SAW dan sebagai umat islam ia adalah hari yang cukup bermakna bagi kita semua. Kerana apa? Kerana hari inilah semua umat manusia akan mengingati junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bukanlah maksudnya, sebelum ni kita tak ingat langsung…tapi tak mustahil ada yang dah terlupa terus selama ini….. jadi, hari ini kalau dulu terlupa terus, sekurang-kurangnya ingat kembali walaupun sedikit atau sekejap….dengan kesempatan yang ada ni, gunakanlah sebaiknya…..

“Apa nak buat ye….. cuti hari ni (maulidurrasul)? Nak g mana ye?”. Mungkin ada yang menganggap cuti yang dah di highlightkan di kalendar setiap tahun ni sebagai cuti biasa je…bukan persoalannya nak buat atau pegi mana…..tapi gunalah kesempatan dan peluang yang ada ni dengan perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda SAW. Itulah pelaburan yang nampak sedikit, tapi sangat besar peranannya di Mahsyar kelak.

Tak perlu sambut dengan gilang gemilang…..tapi tak memberi kesan kepada jiwa. Cubalah yang sedikit tetapi dapat terus menusuk ke dalam jiwa kita…..

Nak buka sikit sejarah hidup baginda yang semakin hari semakin ramai yang lupa…..dan ada juga yang ‘mempermainkan’nya. Na’uzubillah min zalik…segeralah beristighfar.

Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Makkah (Arab Saudi) pada 570 masihi. Baginda telah berkahwin dengan Siti Khadija ketika usianya 25 tahun. Diberi gelaran ‘Al-Amin’ oleh penduduk Makkah kerana kebijaksaan dan kejujurannya. Mendapat wahyu pertama di gua Hira’ ketika umurnya 40 tahun. Dalam masa 23 tahun, Baginda SAW berusaha menyebarkan islam ke seluruh umatnya (10 tahun-Makkah & 13 tahun-Madinah). Baginda SAW wafat ketika usianya 63 tahun.

Selebihnya, tonton slide di bawah…..



Bila ana tengok slide ni, terbuka sikit mata…..nampak jelas mesej yang nak di sampaikan…. Harap antum pun macam tu juga. Hayati lirik di bawah…..ana rasa ia cukup menyentuh hati.

SELAWAT JUNJUNGAN (IN TEAM)

Ya Nabi Salamun ‘Alayk…Ya Rosul Salamun ‘Alayk
Ya Habib Salamun ‘Alayk…Solawatullohi ‘Alayk

Di mulakan dengan selawat ke atas Nabi Syafi‘ul ummat
Moga diberkati hidupku, selamat di dunia dan akhirat

Pergimu tiada pengganti, hilanglah seri buana ini
Kaulah penyeri kaulah purnama, Yang menerangi hidup manusia
Lahirmu dijanjikan Allah, Membawa rahmat sekelian alam
Membina umat yang bertamadun
Kaulah nabi kekasih Allah (Ya Muhammad)

Walau ujian melanda ,kau sabar menghadapinya
Kau contoh sebaik umat, tauladan sepanjang zaman
Walau kau tiada lagi, kau tetap disanubari
Jasamu terlalu agung, namamu tetap di hati


Baiklah, tak nak tulis panjang-panjang…..Cuma nak ingatkan sekali lagi, rajin-rajinlah berselawat ke atas baginda SAW…..tak lupa juga yang utama banyakkan zikrullah. Selain dapat tenangkan jiwa dan fikiran mudah-mudahan mendapat keberkatanNya. Akhir kalam, wassalam.

.::Pemergianmu::..

Satu lagi puisi yang menyentuh hati dan perasaan… sebuah lirik nasyid kumpulan in-team… mari menghayatinya. Dan kalau nak dengar lagunya, pause dulu box nasyid kat bahagian bawah page supaya tak mengganggu.

PEMERGIANMU

Kau masih tersenyum mengubat lara, Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan, Setiap insan yang kebimbangan


Hakikatnya tak tertanggung lagi derita, Di pangkuan isterimu Humaira’

Menunggu saat ketikanya, Di angkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air, Kau sapu di muka…Mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih, Pada ummat dan akhirat


Dan tibalah waktu ajal bertemu,

Penuh ketenangan jiwamu berlalu…

Linangan air mata syahdu, Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua,

Bahawa manusia kan mati akhirnya…


Tak terlafaz kata mengungkap hiba,

Gerhanalah seluruh semesta,

Walaupun kau telah tiada…bersemarak cintamu selamanya

Ya rasulullah kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya kami merinduimu…



..::Renungan Mujahid::..

Memulakan langkah memang perit. Bertatih jatuh dan bangun semula. Kadang-kadang tanpa tangan yang menghulur bantuan, terus diri kembara sendirian. Mimpikan syurga idaman, sedangkan diri tak tahan ujian. Kerdilnya diri bila keringat yang gugur, titis air mata kecewa, rupanya masih sedikit cinta dan kasih dipadu mekar dalam jambangan setia pada perjuangan islam.

Andai diri LEMAH, bangunlah munajat pada ALLAH. Dengan izinNya, yang LEMAH dipandang GAGAH, yang SEDIH dipandang CERIA, yang RESAH menjadi TENANG. Sedikit pengorbanan selamanya terasa. Adakalanya DIA memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana DIA mengerti keperluan hambaNya. Adakalanya DIA mengambil semula sebelum sempat kita bersedia, kerana DIA ingin menguji keimanan hambaNya.

Pesan Terakhir

(Sajak oleh Syed Qutb)


Sahabat…
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka di atas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini
Dan…
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan


Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah di syurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana


Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

*******************************************************

Sayyid Qutub-1966