.::HIJRAH::.

Assalamu‘alaykom wbt. Alhamdulillahirabbil ‘alamin, Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah saw serta ahli keluarganya dan para sahabat. Sekian lamanya blog ini menyepi tanpa khabar berita tapi itu bukanlah bermaksud ia terhenti di sini. Dek kerana sibuk dengan pelbagai urusan sehingga tiada masa yang cukup untuk memenuhi ruangan maya ini. Moga diberikan kelapangan waktu untuk dimanfaatkan bersama.

Salam Maal Hijrah

Hari ini 1 Muharam 1430H bersamaan 29hb Disember 2008 bermulanya tahun baru islam, maka banyaklah azam2 baru yg ingin disempurnakan oleh setiap orang. Mudah-mudahan azam yg terbit itu sesuatu yg membawa kebaikan seterusnya mendekatkan diri dgn al-Khaliq, insyaallah.

Hijrah sendiri memiliki pelbagai tafsiran…dr segi bahasa, peristiwa sejarah mahupun pandangan individu itu sendiri. Namun hijrah pada pandangan islam itu adalah berubah kepada kebaikan dan perkara-perkara kebaikan yang akhirnya menjadikan seseorang itu muslim n mukmin sejati. Utk menuju ke arah hijrah itu, seseorang itu memerlukan penghayatan yg penuh dlm memuhasabahkan dirinya. Menyedari diri akan dosa-dosa dan maksiat yg pernah dilakukan, menginsafi akan kesilapan dahulu, yg akhirnya membawa kpd taubat. Maka, di sinilah terbenturnya Hijrah diri insani… renungi hasil nukilan seorang hamba Allah ini;

Saat jiwa terasa kosong dan sepi,
Langit itu jauh ku renungi,
Mengimbau kembali perjalanan hidupku,
Dari alam jahil ke alam zahir,
Dari mncari cinta dunia kepada cinta hakiki

Pernah dulu aku impikan,
Bebasnya hidup seperti insan lain,
Megahnya hidup dengan pangkat dan nama,
Mewahnya hidup dengan harta kekayaan…
Bahagianya hidup jika memiliki kesemuanya

Betapa jahilnya aku,
Betapa cintanya aku kepada dunia…
Hingga buta mataku…
Langsung tak memandang ke Akhirat…
Langsung tak menghirau pandangan Allah terhadapku…

Namun, tak pernah aku bahagia dengan duniaku
Makin hari makin terasa kekurangan itu
Semakin hari semakin sesak dadaku…

Mungkin ini hidayah Allah,
Dia memperlihatkan daku akan kematian,
Agar aku bangun dari mimpiku,
Agar aku jaga dari lenaku,

Maka tersedarlah aku,
Bahawa dunia ini akan aku tinggalkan
Cuma tak ku tahu akan waktunya…
Terbayanglah di fikiranku,
Bagaimana jika matiku tanpa sempat untuk bertaubat?
Apakah sanggup ku tanggung azab yang pedih itu!!!?
Sedangkan membayangkan sahaja sudah cukup menyiksakan…

Tanpa disedari,
Pipi ini dibasahi air mata…
Menghitung dosa yang menimbun setiap hari…
Di hatiku hanya terfikir…
Sempatkah untukku bertaubat…?
Sedangkan ajalku semakin hampir…

Dengan penuh rasa penyesalan,
Ku insafi diri dari dosa-dosa lalu…
Ku ringankan langkah kakiku,
Menuju ke pangkuan Ilahi,
Untuk berhijrah dari zulmat menuju nur Ilahi

Ya Ilahi,
Betapa hinanya hamba-Mu ini…
Ku akui diriku Islam,
Tetapi tak pernah ku syukuri akan segala nikmat-Mu
Bahkan aku semakin menjauhkan diri dari-Mu…
Betapa malunya aku kepada-Mu… Berdosanya aku kepada-Mu…
Kini aku kembali kepada-Mu… Ku hadapkan diriku untuk-Mu…
Demi untuk meraih kasih & cinta-Mu…
Sudilah Engkau menerimaku kembali…

Ya Razzaq,
Kurniaan-Mu kepada hamba-Mu melimpah ruah…
Namun sedikit sekali ku lafazkan syukurku ke hadrat-Mu…
Betapa takburnya aku… Betapa egonya aku…
Namun dalam kelalaianku,
Engkau masih membiarkan aku menikmati rezeki-Mu
Betapa Mulianya Engkau, Ya ‘Aziz
Betapa Kasihnya Engkau, Ya Rahim

Ya Muhaimin,
Kini aku sedar bahawa,
Bebasnya hidup itu apabila aku dapat beramal tanpa memikirkan pandangan manusia,
Megahnya hidup apabila aku dapat meninggalkan Hubud Dunya,
Mewahnya hidup apabila amal ibadahku semakin bertambah setiap hari…
Alangkah bahagianya hidup ini andai segalanya dilakukan kerana Engkau
Maka, Kau peliharalah aku…
Agar aku tidak kembali kepada kejahilanku dulu…
Agar aku tidak berjauhan dengan-Mu

Kini kusedari betapa indahnya hidup ini,
Jika semuanya dilakukan semata-mata kerana Allah…
Sekalipun aku dalam kesulitan,
Kerana aku yakin bahawa pertolongan-Nya pasti datang,
Buat hamba-hamba-Nya yang ikhlas…

…Bantulah aku Ya Allah…