.::Kembali PadaNya::.

Tajuk klip video : Kembali – Far East
(kalau nk dgr & tonton video clip ni...dinasihtkn spy 'pause' dulu bground music di bwh skali)


Kembali Pada-Nya

Manusia itu tidak terlepas dari sifat lalai dan alpa…

Ditambah dgn keindahan fatamorgana,

Menjadikan mereka semakin hanyut dlm kelalaian…

Kelalaian yg menjerumuskan manusia ke kancah kehinaan,

Kancah kemaksiatan…Dan kancah kezaliman…


Manusia zaman ini…sudah jauh tersasar

Sudah jauh dari Tuhannya…

Wang dan harta menjadi buruan

Pangkat dan nama menjadi pujaan

Wanita dijadikan hamba nafsu…

Insan tak berdosa dijadikan mangsa kekejaman

Bahkan syaitan dijadikan ikutan…


Apakah mereka tidak menyedarinya?

Atau dgn sengajanya tidak mempedulikan?

Maka untuk apa hidup ini?!!


Andai dunia ini diciptakan utk kegembiraan & hiburan semata,

Lalu mengapa ada yg bersedih?

Mengapa ada yg merasakan tidak aman di SINI?

Apakah mereka terlalu bodoh utk memikirkan antara yg hak & yg batil?

Dan membezakan antara keduanya?


Jika dibandingkan…manusia sudah tiada bezanya dgn binatang…

Yang hanya tahu memuaskan nafsu buasnya…

Di mana malu mereka di hadapan Yang Maha Melihat?

Di mana maruah mereka sbg makhluk yg dikurniakan akal utk berfikir?

Tiada lagikah perikemanusiaan sesama manusia?


Duhai Insan…

Mengapa kita berubah sebegini rupa?

Bukankah sudah berkali-kali diperingatkan akan azab Tuhan bg sesiapa yg ingkar…

Mengapa kita masih berdegil…

Mengejar dunia yg fana’…dan penuh tipu muslihat…

Sedangkan Akhirat itu negeri abadi…

Yang menjanjikan Syurga bagi yg beriman…

Dan Neraka bagi yg kufur dan ingkar…


Sedarlah manusia…

Dunia ini lebih keji dr bangkai di pandangan Allah…

Sanggupkah kita bersekedudukan dgn bangkai…

Sedangkan baunya sahaja sudah tidak tahan…


Kembalilah kepada al-Khaliq…

Sesungguhnya kita ini hanyalah hamba…

Sementara dunia ini hanya sebuah persinggahan…

Kelak kita akan dijemput pulang…

Lalu apakah sudah cukup bekalan yg hendak dipersembahkan dihadapanNya?


Jangan kita terlalu sombong

Jangan kita terlalau ego

Jangan pula kita takbur…

Dengan segala kemewahan dan keseronokan dunia…

Semua itu hanya ujian…hanya nikmat sementara yg diberiNya

Gunakanlah ia ke jalan yg diredhai Allah

Kelak ia menjadi bukti di hadapan al-Hasib…


Ayuhlah insan…

Kita kembali ke landasan yg benar

Kembali ke jalan yg diredhai Allah SWT

Nakbah Palestin…Tegakah kita??!!

Salam alayk… isu nakbah Palestin sudah tidak asing lagi bagi umat islam seluruh dunia. Bahkan setiap hari, setiap waktu pelbagai berita disiarkan berkenaan perkembangan nakbah tersebut.

Sebelum ni ana hanya sedar dan menyedarkan umat islam melalui cerita dan slide-slide shj…tak pernah terdetik nak menulis artikel…mungkin juga kerana takde idea utk menyusun ayat berkaitan isu ini. Tetapi kali ni, ana cuba melalui pendekatan artikel pula…jgn bosan membaca yer…


Nakbah Palestin, sedar tak sedar dah 6 dekad peristiwa ini berlaku…bahkan masih berlarutan sehingga kini. Baru sekarang kita perasan… tapi tak semua yg sedar kesannya terhadap mangsa nakbah ini…iaitu umat-umat islam di Palestin dan yg paling utama adalah kebebasan al-Aqsa… itulah maruah umat islam…di situlah kiblat umat islam yg pertama… dan umat islam seluruh dunia bertanggungjawab terhadap al-Aqsa!!!
(rujuk artikel bertajuk : Wasiat Dr. Sayyid Nuh Berkenaan Isu Palestin)


Banyak dah artikel-artikel berkaitan isu ni disebarkan di internet, akhbar-akhbar dsb…tapi sejauh mana kesedaran kita sebagai umat islam? Bukankah umat islam itu bersaudara?…jadi serba sedikit pasti akan terasa penderitaan yg saudara-saudara kita alami…Cuma mungkin dlm keadaan ini kita(umat islam di Malaysia) tak mampu dan tak dapat hulurkan bantuan utk mengangkat senjata melawan musuh di sana, tapi banyak lagi usaha yg boleh dilakukan utk membantu mereka.


Setakat ini (berdasarkan maklumat dr Aman Palestin Bhd), lebih kurang
USD 45 500 diperlukan bagi setiap 1000 orang kanak-kanak di Gaza. Jumlah ini termasuklah kos bagi makanan, pakaian, ubat-ubatan, kasut, pengangkutan/tenaga dsb. Jumlah ini memang terlalu besar apa lagi bagi seorang pelajar…tapi kalau kita sama-sama sumbang sedikit…insyaallah cukup dan serba sedikit dapat membantu meringankan beban mereka…jangan lupa ikhlaskan juga hati dlm menghulurkan bantuan.


Bukan shj menyumbang, kalau benar-benar mengambil berat terhadap saudara-saudara seislam kita, boikot juga salah satu cara membantu mereka. Boikot Israel!!! utk lumpuhkan ekonomi mereka… Tahukan…antara penyumbang terbesar ekonomi mereka ialah McD, KFC, ASTRO dll... jadi, kalau kita terus membeli produk-produk Israel…kita ni ibarat menyumbang kpd Israel utk beli peluru bunuh umat islam… Tegakah kita???!!! Membunuh saudara sendiri yg ibarat seperti darah daging kita???!!! So, kalau sayangkan islam, sayangkan al-Aqsa, sayangkan saudara-saudara seislam…kita perlu boikot produk-produk Israel sama ada rela atau tak rela… itu sebahagian dr usaha kita utk bantu umat islam di Palestin. Di bawah ni ana sertakan slide berkaitan produk-produk Israel dan sedikit penerangan produk… (kalau dah ada…jgn pula dibuang, itu dikira membazir…maksudnya kalau ada cadang-cadang nak beli…batalkan sajalah)






Lalu apa kita tunggu lagi…nak tunggu kita terima nasib yg sama baru nak sedar dan bangkit!!! Bangunlah UMAT ISLAM!!! Jgn butakan mata, pekakkan telinga!!! Jgn kita terus berdiam diri… Mereka adalah saudara kita…Bayangkan kita adalah mereka… seksanya hanya Allah yang Maha Tahu… baik, lihatlah anda dlm situasi ini pula…



Lihat juga link ini…bagaimana kejamnya Israel membunuh pejuang islam…Syeikh Ahmad Yassin.


Saudara-saudaraku…biar kita berlapar, asalkan kita tak membunuh saudara-saudara kita yg sedang menderita jiwa dan fizikalnya…asalkan al-Aqsa dapat diselamatkan!!! Biar keinginan tak dapat dipenuhi…asalkan maruah islam terbela!!!


Satu-satunya usaha yg semua umat islam mampu lakukan…adalah doa yg tulus ikhlas. Marilah kita bersatu dlm doa yg tulus!!! Kita pohon pertolonganNya…membantu menyatukan umat islam seluruh dunia…menyedarkan umat islam yg masih terleka, agar kita menjadi satu umat yg kuat seperti kekuatan angkatan perang Nabi saw dlm perang Badar…agar kita Berjaya membebaskan al-Aqsa dan umat islam di Palestin serta menewaskan Israel dan menggagalkan segala rancangan jahat Israel!!!


Bukankah doa itu senjata umat islam… maka gunakanlah senjata yg kita ada ini sebaiknya…semaksimum mungkin dlm usaha kita mempertahankan dan menegakkan syiar islam!!! Inilah masanya berjihad!!!


Ketahuilah, tentera-tentera islam dlm perang Badar bukan terdiri dr umat islam yg kuat tubuh badan shj…bahkan mereka adlh orang-orang pilihan Allah yg mana di waktu malamnya mereka adlh ‘abid yg tak kira penat lelahnya mengerjakan ibadah semata-mata mencari keredhaan Allah SWT. Di sinilah kekuatan umat islam!!! Kekuatan yg tak perlu kpd sebarang bentuk bayaran wang, harta dan kepakaran….hanya dlm doa dan ibadah yg tulus ikhlas semata-mata krn Allah SWT.


Ayuh saudara-saudaraku, kita kukuhkan hubungan kita dgn Allah…kita raih gelaran ‘abid di sisinya…di samping kita bersatu mempertahankan islam di mata dunia. Kerana hanya dgn izinNya, umat islam akan mencapai al-falah (kejayaan).


Demi Islam tercinta!!! Demi Al-Aqsa!!! Demi umat Islam!!!

Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!!

Bantulah kami Ya Allah…Ameen

Godaan Syaitan Agar Tidak Qiyamullail

Kita sedar, bahawa syaitan adalah musuh utama umat manusia…tetapi kita tidak sedar, bahawa kita sering digoda oleh syaitan. Lumrah manusia itu tidak terlepas dr sifat lupa, lalai dan alpa…tetapi ingatlah, jangan biarkan kelemahan kita ini menjadi sumber kekuatan musuh utk memperdaya kita.


Syaitan laknatullah, itulah musuh manusia yang paling utama yang sentiasa mengajak manusia melakukan kejahatan. Ia akan sentiasa berusaha agar manusia tidak bangun untuk bermunajat kepada Allah SWT dan berdua-duaan denganNya. Ini kerana syaitan tahu bahawa seseorang yg melakukan Qiyamullail dgn tulus dan ikhlas, doanya akan dikabulkan Allah, dan Allah SWT ‘mengamati’ hamba-hambanya itu. Disebabkan itu, mereka berjuang bermati-matian agar manusia tidak bangun di waktu malam untuk mengerjakan Qiyamullail.



Rasulullah SAW besabda :
“Syaitan mengikat tengkuk leher salah seorang dari kamu jika ia tidur, dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk setiap ikatan dengan berkata (kepada orang yang berkenaan): ‘Engkau masih mempunyai malam yang panjang, kerana itu, tidurlah’ ”. (Riwayat Bukhari, Muslim, An-Nasa’I, Ibnu Majah, dan Imam Ahmad)


Agar usahanya lebih berkesan, syaitan akan kencing di telinga seseorang agar ia tidak boleh bangun tidur sama sekali.



Di dalam salah satu hadis, disebutkan bahawa seseorang dilaporkan kepada Rasulullah SAW dan dikhabarkan lebih lanjut bahawa orang tersebut telah tidur sehingga pagi hari, hingga tidak solat, lalu Rasulullah SAW bersabda:
“Syaitan kencing di telinga orang tersebut” (Riwayat Bukhari, Muslim dan An-Nasa’I).


Justeru, sedarlah insan!!! Biarpun suruhan Qiyamullail itu hanyalah ibadah sunat, disitulah yg membezakan amalan antara muslim sama ada muslim itu mukmin atau sekadar pada nama sahaja. Kerana Qiyamullail juga dapat membentuk peribadi mulia seorang islam itu seperti mana yg telah dijelaskan dlm artikel sebelum ini.



Kita mengaku bahawa kita adalah muslim, tetapi adakah kita tunaikan hak kita sebagai seorang islam? Kita mengaku bahawa kita beriman…tetapi adakah kita benar-benar beriman dan berusaha meningkatkan iman kita? Kita mengaku bahawa kita cintakan Allah, tetapi pernahkah kita berusaha meluangkan masa berdua-duaan dgnNya? Sama-sama fikirkan dan ambillah pengajarnnya…

.::INSAN::.

Manusia – SHOUTUL AMAL


Manusia di zaman sekarang LALAI dengan KEHIDUPAN

Mereka lalai dengan KENIKMATAN

Dan juga lalai pada TUHAN


Mereka tahu adanya Tuhan

Tapi mereka tidak menunaikan kewajipan

Mereka tahu benarnya Quran

Tapi mereka tidak mengambil pengajarannya



Mereka juga tahu adanya DOSA…PAHALA

Mereka tahu adanya SYURGA…NERAKA

Namun mereka masih tidak mentaati

perintah Tuhan Yang Maha Esa


Wahai manusia…

Sedarilah…Insafilah

Bertaubatlah, Berdoa, Bersedekahlah

Semoga Tuhan memberkati hidupmu



Manusia…Sedarilah!!!

Manusia…Insafilah!!!

Jalan Syaitan Menyelinap Hati Anak Adam

1. Dari sifat rakus dan jahat sangka, maka aku lawan dgn kepercayaan pada janji Allah Qanaah, dan utk memperkuatkan perlawanan itu aku berpegang pd kitab Allah dlm ayat yg bermaksud; "Tiada suatu pun melata di bumi ini melainkan dijamin oleh Allah rezekinya". Maka dgn itu aku patahkan ia.


2. Dari panjang angan-angan, lamunan, maka aku hadapi dgn ingat pd datangnya maut dgn tiba-tiba bersendikan ayat Allah yg bermaksud; " Tiada satu jawapan yg mengetahui di mana ia akan mati". Maka dgn itu dapat mematahkan tipuannya.


3. Dari keinginan istirehat dan nikmat, maka aku hadapi dgn mengingati hilangnya nikmat dan beratnya hisab, bersandarkan ayat Allah yg bermaksud; "Biarkan mereka makan dan bersuka-suka dan di lalaikan oleh angan-angan". Dan ayat yg bermaksud; "Tidakkah kamu lihat jika kami senangkan mereka beberapa tahun, kemudian tiba apa yg telah dijanjikan pada mereka, maka tidak berguna kemewahan dan kesenangan mereka". Maka dgn itu aku tewaskan ia.


4. Dari Ujub(bangga diri). Maka aku hadapi dgn mengingati kurnia dan takut pada akibat berdasarkan ayat yg bermaksud; "Maka di antara mereka ada yg celaka dan ada yg untung", sedangkan aku tak mengetahui yg aku termasuk ke dlm golongan yg mana. Maka dgn itu aku patahkan tipuan syaitan itu.


5. Dari meremehkan kawan dan tidak menghargai mereka. Maka aku lawan dgn menghormati mereka bersendikan firman Allah yg bermaksud; "Kemuliaan itu Haq Allah dan Rasulullah dan orang-orang mukmin". Maka aku patahkan dgn itu.


6. Dari sifat hasad(dengki dan iri hati). Maka aku hadapi dgn keadilan Allah dlm membahagi nikmat buat makhlukNya berpandukan firman Allah yg bermaksud; "Kami yg membahagikan penghidupan mereka di dunia". Maka dgn itu aku dapat mematahkannya.


7. Dari sifat Riya’ dan ingin pujian orang. Maka aku patahkan dgn ikhlas berdasarkan firman Allah yg bermaksud; "Maka siapa yg berharap akan bertemu pada Tuhan hendaklah beramal dgn amal yg soleh dan tidak menyekutukan Tuhan dgn sesuatu apapun". Maka dgn itu aku patahkan tipuan syaitan itu.


8. Dari sifat kikir(bakhil). Maka aku hadapi dgn mengingati rosaknya apa yg ada di tangan orang-orang berdasarkan ayat Allah yg bermaksud; "Apa yg ada padamu akan rosak binasa dan yg di sisi Allah tetap kekal". Maka dgn itu aku mengalahkannya.


9. Dari sifat sombong. Maka aku hadapi dgn sifat Tawadhu' berdasarkan ayat yg bermaksud; "Sungguh Kami jadikan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kau bersuku-suku dan berbangsa-bangsa supaya mudah kenal-mengenal, bahawa orang yg termulia di antara kami ialah orang-orang yg bertaqwa". Maka dgn itu aku dapat kalahkannya.


10. Dari sifat Tamak. Maka aku hadapinya dgn putus harapan dari apa yg ada di tangan manusia, dan hanya berharap kpd Allah bersendikan ayat yg bermaksud; "Sesiapa yg bertaqwa kpd Allah, maka Allah memberinya jalan keluar dari segala kesempitan dan memberinya rezeki dari arah yg tidak di sangka-sangka"


Firman Allah SWT :

“Sesungguhnya hamba-hambaKu (yg beriman dgn ikhlas), tiadalah engkau (iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (utk menyesatkannya); cukuplh Tuhanmu menjadi Pelindung”. (Al-Isra' : 65)


“Dan sesungguhnya Iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka, ieitu mereka menurutnya, kecuali sebahagian dari orang-orang yg beriman (yang tak terpedaya kpd hasutannya)”. (Saba : 20)

Wasiat Dr. Sayyid Nuh Berkenaan Isu Palestin

Sejak 15 Mei yang lalu, telah genaplah 60 Tahun Nakbah (bencana/malapetaka besar) yang berlaku di Palestin. Hal ini telah menunjukkan kepada kita betapa sedikitnya usaha kita dalam membantu pembebasan rakyat Palestin. Di sini ada dinukilkan wasiat Dr. Sayyid Nuh berkenaan isu Palestin sebelum beliau kembali ke rahmatullah untuk dijadikan pedoman buat diri kita dan seluruh umat Islam khususnya. Hayatilah wasiat ini dengan sepenuh jiwa dan perasaan serta dipraktikkan dalam kehidupan kita seharian.


“Al-Aqsa adalah amanah di atas leher umat ini bermula sejak peristiwa Rasulullah s.a.w. isra’ dan mikraj. Ia adalah amanah yang kita tanggung dan kita masih menanggungnya. Sebarang kecuaian di dalam amanah ini akan membuka pintu kejahatan yang tiada batasnya di dunia. Ada pun di akhirat kita akan ditanya oleh Tuhan, Empunya segala kemuliaan tentang ilmu yang kita ketahui dan kewajipan kita terhadap al-Aqsa.


“Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka semuanya (pada hari kiamat kelak) terhadap apa yang mereka ketahui.” (Al-Hijr: 92).


Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidak akan berganjak kedua-dua kaki seorang hamba di hari kiamat sehingga ditanya tentang empat perkara; Tentang umurnya ke mana dihabiskan? Tentang masa mudanya ke mana dihabiskan? Tentang hartanya dari mana hasilnya dan ke mana dibelanjakan? Tentang ilmunya apa yang diamalkan dari ilmu itu.” (Riwayat Tobroni)


Saya berharap agar kamu meletakkan perhitungan terhadap apa yang akan saya katakan. Saya tahu kamu mengetahuinya tetapi saya hanya ingin mengingatkan sahaja.


Saya mengingatkan kamu semua tentang kewajipan menerangkan kepada manusia nilai al-Aqsa, kedudukannya di dalam jiwa umat dan kewajipan umat terhadapnya. Jangan jemu jika kamu terpaksa memberikan ceramah sekali atau dua kali atau tiga kali, khutbah sekali atau dua kali atau tiga kali dan kelas pengajian sekali atau dua kali atau tiga kali. Apa yang penting adalah kamu mesti bersungguh-sungguh menerangkan isu ini sehingga manusia mengetahui nilai al-Aqsa.


Kamu mesti menerangkan kepada manusia bahaya yang menunggu jika kita kehilangan al-Aqsa dan Palestin. Pintu kejahatan akan terbuka. Negara, harta, jiwa dan maruah umat Islam akan dicabuli di hadapan musuh perampas yang tidak akan merahmati sesiapa pun. Umat Islam mesti memahami bahaya tersebut. Selagi mana mereka tidak memahaminya, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan bangun menunaikan tanggungjawab mereka.


Perlu disedarkan para pemerintah. Mereka adalah orang-orang yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap diri mereka dan diri anak-anak umat ini dan terhadap bumi yang suci. Tanggungjawab mereka berat di hari kiamat nanti. Mereka perlu bersegera menunaikan tanggungjawab ini. Kita perlu mengingatkan mereka bahawa walau pun mereka berlembut dan berdiplomasi dengan musuh dan mengorbankan agama ini, akhirnya mereka akan dipijak juga oleh kaki musuh. Itu yang akan berlaku selagi mana mereka tidak kembali kepada agama Allah dan tidak berusaha untuk memelihara bumi yang suci ini.


Saudara-saudara kita mesti berkata kepada umat Islam: “Tunjukkan kemarahan anda sekarang.” Jika kemarahan ini tidak ditunjukkan sekarang, bila ianya akan ditunjukkan? Demonstrasi adalah hak yang dibenarkan bagi semua bangsa di dunia. Umat Islam mesti menunjukkan kemarahan mereka. Bukan sekadar emosi yang akan mati selepas sehari dua, tetapi kemarahan yang didasari oleh hujah dan bukti. Kita akan terus teguh begini sehinggalah para pimpinan sedar dan akan bangkitlah orang-orang yang tidur, pemalas dan manusia yang lalai dari kalangan umat ini memainkan peranan mereka. Demi Allah jika kita berterusan menunjukkan pendirian kita dan berdiri teguh, tidak ada jalan lain bagi musuh selain dari mengubah pendirian mereka. Musuh ini tidak akan mampu dikalahkan kecuali dengan kekuatan. Inilah kekuatan yang terbesar. Kekuatan ini melebihi kekuatan peluru berpandu dan bom. Umat mesti berdiri teguh. Musuh akan tahu dengan siapa mereka berhadapan dan berinteraksi jika umat menunjukkan kemarahannya.



Kita juga perlu mengingatkan umat tentang kewajipan mereka memberikan sumbangan kewangan untuk membangunkan kawasan ini dan sebagai duit sara hidup pejuang-pejuang yang mempertahankannya. Di sana terdapat sekelompok manusia yang mana bangun dan tidur mereka tidak ada perkara lain yang mereka fikirkan kecuali untuk mempertahankan al-Aqsa dengan jasad dan ruh mereka. Kepentingan peribadi mereka terabai. Tiada apa yang mereka lakukan untuk anak-anak dan keluarga mereka. Semua ahli keluarga bersabar menanggungnya dan berkorban untuk itu. Mereka memerlukan wang. Kita perlu mengingatkan umat tentang kewajipan mereka untuk memberi sumbangan kewangan. Bahkan sebenarnya ia bukan sumbangan, sebaliknya ia adalah kewajipan kewangan. Sesungguhnya setiap orang Islam wajib mempertahankan agama Allah dengan dua perkara; nyawanya dan hartanya. Jika dia tidak mampu mempertahankan dengan nyawanya, lakukanlah denga hartanya dan gantikanlah bahagian nyawa tersebut dengan sumbangan tambahan harta yang lain. Dengan itu wajib ke atasnya dua bahagian; bahagian harta yang sepatutnya dan bahagian harta yang menggantikan bahagian nyawanya.


Mereka perlu mengingatkan semua orang Islam agar berdoa. Ambillah satu malam dari seminggu. Duduklah dan berdoa kepada Allah. Samada kanak-kanak atau orang tua. Samada orang-orang yang sihat atau orang-orang yang sakit, orang tua dan uzur. Berkumpullah selepas berbuka puasa. Selepas itu mereka solat dan berdoa moga Allah mengeluarkan umat dari bencana ini dan moga musuh Allah yang menyangka bahawa mereka raja dunia dan segala isinya serta lupa kekuatan Allah akan menerima balasannya


“Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang membinasakan kaum Aad yang pertama (kaum Nabi Hud).” (Al-Najm: 50).


Ayat ini menunjukkan adanya kaum Aad kedua, ketiga dan keempat. Allah maha berkuasa atas segala sesuatu.


“Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: “Siapakah yang lebih kuat dari kami?” dan (mengapa mereka bersikap demikian?) tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).” (Fushilat: 15)


Saya berdoa kepada Allah wahai saudara-saudara sekelian agar kalimat ini memberikan manfaatnya. Moga-moga Allah menerima amalan kita, memaafkan kesalahan dan mengampunkan segala dosa.


Saya sudahi kata-kata ini dan saya memohon ampun dari Allah bagi diri saya dan kamu semua. Selawat dan salam ke atas Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Segala puji bagi Allah. Moga-moga Allah membalas kebaikan kepada kamu semua.”


*****************************************



Semoga apa yg diwasiatkan ini menjadi peringatan kpd semua umat islam di seluruh dunia… Marilah kita bangkit mempertahankan maruah islam…kita bersatu dlm doa yg tulus ikhlas…dgn harapan agar Dia membantu kita dlm mempertahankan al-Aqsa dan mengembalikan maruah islam di muka bumi ini…


Ayuh kita suburkan kembali islam di mata dunia!!! Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!!


Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah krn Allah SWT


Sumber : http://www.amanpalestin.org

Qiyamullail Benteng Dari Maksiat

Qiyamullail ialah bangun pd waktu malam(menghidupkan malam) dgn beribadat kpd Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.


Firman Allah SWT:
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pd waktu malam, selain drpd sedikit masa(yg tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dr waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan(sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dgn tartiil”. (Al-Muzammil : 1-4)



Mengapa perlu Qiyamullail? Jika kita sedari, di akhir zaman ini…d
i mana-mana sahaja kita menyaksikan berbagai-bagai keruntuhan akhlak serta moral dikalangan umat manusia dan tidak terlepas juga umat islam. Dgn merebaknya kerosakan ini menjadikan manusia lebih mudah terjerumus ke dlm kemaksiatan walaupun dlm keadaan sedar. Mengapa keadaan ini boleh berlaku? Salah satu punca utamanya ialah manusia itu sendiri semakin jauh dr Tuhannya.


Bila manusia semakin jauh dr Allah, hidupnya hanya diselubungi hasutan syaitan dan godaan nafsu yg mana kedua-duanya ini hanya akan menjeremuskan insan ke lembah kehinaan dan kemurkaan Allah. Dan jika keadaan ini tidak disedari dan dirawat dgn segera, dikhuatiri tidak ada peluang lagi untuk bertaubat dan menebus kembali dosa-dosanya.



Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya solat itu mencegah dr (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar” (Al-Ankabut : 45)


Tidakkah teringin utk merasai kemanisan iman dan ibadah itu? Jika selama ini kita melaksanakan ibadah kerana suruhan agama semata-mata, itu belum tentu menjadikan kita benar-benar bertaqwa, berasa rindu untuk mengerjakan ibadah yang lain..apalagi merasai nikmatnya ibadah itu. Umpamanya, kita sedang membaca satu kisah yg menyayat hati…jika tiada penghayatan yg penuh terhadap kisah tersebut, pasti kita tak merasakan yg cerita itu sedih…dan barangkali kita bosan utk meneruskan pembacaan malah terus menutupnya. Begitulah juga dgn ibadah, bagaimana kita boleh merasai betapa manisnya iman dan ibadah itu jika tiada penghayatan yg tinggi ketika melaksanakannya? Semuanya memerlukan penghayatan dan usaha ke arahnya...



Rasulullah SAW telah menjelaskan bahawa Qiyamullail adalah alat terbaik utk meninggalkan dosa-dosa dan kemaksiatan.



Lalu bagaimana pula yg dikatakan seseorang akan dicegah dr maksiat melalui solat dan bacaan al-Quran, terutama solat dan bacaan Al-Quran pada waktu malam(Qiyamullail)?



Lazimnya, Qiyamullail dilakukan oleh org yg adil, iaitu org yg menghadap Allah SWT dlm keadaan ikhlas…..Juga kerana solat malam itu tidak diketahui manusia, maka Qiyamullail menjadi bukti kejujuran seseorang dlm menghadap Allah SWT…wallahu a’alam.



Jika kita istiqamah melaksanakan Qiyamullail ia mampu menghasilkan muraqabatullah (perasaan selalu dipantau Allah) yg mana ia akan semakin berkembang sedikit demi sedikit, lalu pertumbuhan muraqabatullah membuatkan kita muhasabah diri sendiri dr kelalaian terhadap al-Khaliq. Di tahap inilah kita akan merasakan betapa dlmnya kesan Qiyamullail itu…yg dpt menyedarkan kita dr kelalaian duniawi.



Bila keadaan ini terjadi, mungkin kita akan berkata pd diri sendiri,
“Bagaimana aku boleh bermaksiat, padahal aku Qiyamullail?...bagaimana aku boleh melakukan semua ini sedangkan Allah yg aku berdua-duaan dgnNya di dlm solat malamku itu Maha Mengetahui akan segala tindak-tandukku? Aku memohon ampun pd Allah, aku bertaubat padaNya dan berjanji utk berusaha menjauhkan diri dr perbuatan maksiat selama-lamanya”.



Justeru, Qiyamullail adalah salah satu cara bagi mengelakkan diri kita dr terjerumus ke lembah maksiat dan kehinaan. Qiamullail yg telah disyariatkan ini bukanlah suatu yg sia-sia belaka. Jika dilakukan dgn niat yg ikhlas semata-mata mencari keredhaan Allah kesannya sangat mendalam pada jiwa insan itu sendiri. Dgn Qiyamullail, kita akan merasa dekat dgnNya; melatih diri bersifat bersabar; menjadikan solat lebih khusyuk, tawadhuk dan hanya mengharap rahmat Allah; menumbuhkan semangat kerjasama dlm amar ma’ruf nahi mungkar; membentengi diri dr maksiat dan menguatkan tubuh badan; meningkatkan keimanan individu; meninggikan darjat di sisi Allah SWT; mendidik jiwa sentiasa bersyukur dgn nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yg tenang; melatih diri menjadi insan bertaqwa; melatih diri menperbanyakkan amalan sunat; menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah; memberi ketenangan jiwa(emosi) dan kesihatan(fizikal); menajamkan akal fikiran; meneguhkan kekuatan rohani; menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepadaNya; melatih diri bersikap takut dan berharap kepada Allah; dan lain-lain lagi hikmah ganjaran Allah utk hamba-hambanya yg ikhlas dan istiqamah.



Ketahuilah bahawa pahala org yg melakukan Qiyamullail itu tidak terhalang seperti yg dijelaskan dalam firman Allah SWT:
“Mereka itu tidak sama; di antara ahli kitab itu ada golongan yg berlaku lurus, mereka membaca ayat-ayat Allah pd beberapa waktu di malam hari, sedang mereka juga bersujud(solat). Mereka beriman kpd Allah dan hari penghabisan, mereka menyuruh kpd yg ma’ruf, dan mencegah drpd yg mungkar dan bersegera kpd(mengerjakan) sebagai kebajikan; mereka itu termasuk org-org yg soleh. Dan apa saja kebajikan yg mereka kerjakan, maka sekali-kali mereka tidak dihalangi(menerangi pahalanya) dan Allah Maha Mengetahui org-org yg bertaqwa”. (Ali Imran : 113-115)



Maka, ambillah sedikit dr waktu yang ada pada hari-hari kita untuk berdua-duaan denganNya…supaya kita tidak merasa rugi setelah kita tinggalkan dunia ini.

Tanda Solat Dan Sujud Di Wajah?

Salam alayk…ana dapatkan artikel ni dari laman web UZAR…untuk dikongsi bersama. Hujah yang ana rasakan sangat bernas…sama-sama kita dapatkan manfaatnya. Insyaallah Taala.


Soalan

Melaksanakan solat yang menjadi tiang agama hakikatnya, mendatangkan ketenteraman jiwa dan kebahagian hidup, sekali gus terpancar di wajah. Bagaimana boleh dibuktikan menerusi ayat al-Quran dan sunah Rasulullah SAW?


Jawapan UZAR

Benar solat adalah tiang dan asas kepada agama berdasarkan hadith:

رأس الأمر الاسلام وعموده الصلاة


Ertinya : "Kepala urusan (kehidupan) ini adalah Islam dan tiangnya adalah solat" (Riwayat Ibn Majah dan An-Nasa'ie dalam As-Sunan Al-Kubra; Al-Albani dan Al-Arnauot : Hadis sohih)


Ia juga jika ditunaikan dengan ilmu dan khsuyu'nya adalah menghasilkan rasa kemanisan iman dan ketenangan sebagaiamana yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w

حبب إلي من دنياكم الطيب والنساء وجعلت قرة عيني في الصلاة

Ertinya : "Aku suka terhadap beberapa item dalam dunia kamu, iaitu wangian, wanita (iaitu dalam meningkatkan martabatnya berbanding menjadi barang mainan dan dagangan di zaman Jahiliyah) dan dijadikan ketenangan dan kenikmatanku di dalam solat"(Riwayat Ahmad, al-Baihaqi dan Al-Hakim)


Adapun berkenaan ketenangan yang terpancar di wajah pula adalah petikan dari Al-Quran ketika menerangkan sifat mereka yang bersama perjuangan Nabi s.a.w :-

تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ

Ertinya "..kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. (Al-Fath : 29)


Imam Fakhruddin Al-Razi menyatakan terdapat dua pendapat dalam mentafsirkan tanda ini (At-Tafsir Al-Kabir, 28/93) :-

Pertama : Tanda itu akan ternampak di akhirat kelak sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 106 " Di hari yang Allah memutih dan menggelapkan wajah" dan juga dari surah At-Tahrim ayat 8.


Kedua : Tanda ini akan terzahir di dunia lagi. Terdapat dua kemungkinan yang disebut,


a) Bekas sujud ini adalah tanda hitam di dahi. Namun perlu diingat ada sebahagiannya memang hitam kerana banyaknya sujud, namun banyak sujud belum tentu diterima solatnya. Manakala ada yang hitam sebab-sebab lain.


Justeru secara umumnya, tanda hitam di dahi, boleh membawa erti tanda sujud yang banyak dan lainnya. Jika tanda sujud itu diiringi dengan sifat-sifat mahmudah dirinya dan wajahnya yang menepati ciri kedua di bawah, lalu ia kemungkinan besar tanda yang benar.


b) Satu tanda yang Allah zahirkan di wajah orang yang sujud dari raut yang bercahaya, kelihatan tenang dan menyenangkan. Tanda inilah yang disebut terdapat pada wajah baginda Nabi, para sahabat dan lain-lain ulama.


Sahabat besar nabi seperti Ibn Abbas pula menjelaskan maksud tanda itu dengan katanya (Tafsir Ibn Kathir, 4/205 ; Ad-Durr Al-Manthur, As-Suyuti, 7/453) :-


a- Raut yang baik dan menyenangkan, taqwa dalam urusan agamanya dan pemalu. ( Riwayat Al-Baihaqi dan Ibn Mardawaih)


b- Wajah putih bercahaya di hari kiamat (Riwayat Al-Bukhari dalam At-Tarikh)


Sudah tentu wajah ini cukup berbeza dengan wajah penzina, orang yang meninggalkan solat, pelaku dosa yang kelihatan gelap walaupun wajahnya berkulit cerah. Inilah beberapa nas dari begitu banyak himpunan nas yang menerangkan berkenaan kesan hebat dari solat kepada umat Islam seluruhnya.



Sumber: www.zaharuddin.net