.::Mutiara Minda::.

Karya ini adalah hasil nukilan dr seorang sahabat…atas keizinannya, ianya dimuatkan di sini. Mudah-mudahan ianya memberi kesedaran dan keinsafan pada jiwa ini yg selalu dahagakan kebenaran.

*************************************************

Teringat pesan ayahanda...

"Sudahkah di Qada' Solat yg lepas-lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dgn mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dr mula akil baligh kita..." Subhanallah, betapa alpanya kami... Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat.

Peringatan buat diriku yg sering lupa........

Adakah kita seorang Islam???!
Pernahkah kita terfikir...
Hidup kita ini hanyalah sementara.
Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah.
Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian?!!!

Dalam kita mengejar kejayaan dunia,
Kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar…
Apakah pilihan kita?!!!

Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut 
Menagih ihsan dan kasih sayang Allah.
Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari…
Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah,
Bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi,
Timbul pula gejala Murtad...Fitnah…Gempa bumi,
Peperangan dan bermacam-macam lagi.

Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita.
Adakah kita benar-benar menginsafinya…
Semua ini juga adalah BALA!!!
Tanda kemurkaan Allah!!!

Adakah kita benar-benar seorang Islam???
Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?!!
Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar kita sendiri?!!
Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin...
Walhal semuanya adalah kurnia Allah.
Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah…
Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.

Adakah kita yakin kita seorang Islam???
Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun.
Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran air mata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit.
Tetapi, mengapa kita masih leka dibuai perasaan...
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah…
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah...

Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun???!!! 
Tentu tidak…Jadi, siapa kita sebenarnya?!!!
Wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!!
Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah???
Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia?
Mengapa kita masih mendedahkan aurat?
Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu?
Syariat, Tariqat, Hakikat dan Makrifat.
Feqah dan Tasauf...
Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut?
Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya?

Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian?
Yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam…
Jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri!!!?
Ketahuilah...
sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu..
Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa.

Dosa!!!
Kita tidak takut dosa…
Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian???
Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat???
Siapakah kita menjelang hari kematian?!!

Adakah kita seorang Islam?!!!
Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut?
Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya utk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar?

Kita pergi kuliah, pergi kerja…kita yakin kita telah menutup aurat?
Kita solat...kita yakin solat kita tidak tercela?
Kita makan...kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
Kita minum…kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?
Kita ketawa…kita tidak malu pada Allah?
Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++…
kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur?
Kita berpuasa…kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat?
Kita sihat…kita yakin Allah muliakan kita?
Kita sakit...kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?

Siapa Kita???!
Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina..
betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa.
Bersedialah menempuh hari selepas kematian!!!

Nilai Sebuah Kemaafan

Sayidina Anas r.a. meriwayatkan:

“Pada suatu hari kami melihat Rasulullah saw sedang duduk. Kemudian, beliau tertawa gembira. Maka Sayidina Umar r.a. bertanya: ‘Mengapa Rasulullah saw tertawa?’. Jawab Rasulullah saw: ‘Ada dua orang umatku menghitung-hitung haknya. Yang seorang berkata: ‘Ya Allah! Berikanlah kepadaku hak yang dizalimi oleh saudaraku ini’. Maka Allah SWT berfiman: “Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu”. Yang seorang lagi menjawab: ‘Ya Rabbi! Kebaikanku telah habis, maka tidak ada apa lagi untuk aku bayar kepada saudaraku ini’. Orang yang pertama tadi berkata pula: ‘Oleh itu, kamu kena tanggung segala dosaku sebagai ganti”.

Sambil menitiskin air mata, Rasulullah saw meneruskan ceritanya. Kemudian, Allah SWT berfirman: “Angkatlah kepalamu dan lihatlah syurga”. Setelah melihatnya, orang yang menuntut tadi berkata: ‘Aku telah melihat kota-kota yang berlantaikan perak, gedung-gedung indah yang diperbuat dari emas dan bertatahkan ratna yang indah. Apakah semua itu untuk Nabi atau untuk mereka yang mati syahid?’. Allah SWT berfirman: “Engkau juga dapat menikmatinya dengan mengampuni saudara yang telah menzalimi kamu itu”. Jawab si penuntut: ‘Jika demikian, sekarang juga saya memaafkan dia, Ya Rabbii’.

Kemudian Rasulullah saw bersabda: “Bertakwalah, kemudian tuluslah di antara kamu kerana Allah menyukai ketulusan dan keikhlasan di antara kaum Mukminin”.

*****************************************

Tersentuh hati bila terbaca kisah ni…betapa besarnya nilai kemaafan itu di sisi Allah SWT…

Dengan kesempatan yang ada, dengan seikhlas hati ini…dgn lafaz بسم الله الرحمن الرحيم…ana maafkan segala kesalahan dan kesilapan bagi setiap insan yang pernah berurusan dengan ana… yang pernah mengguriskan hati ana sama ada secara sedar atau tidak…besar atau kecil…ana maafkan. Jika ada yang berhutang dgn ana, tak kisahlah berapa jumlahnya…ana halalkan dunia akhirat.

Harapan dan hendaknya mereka juga dapat memaafkan segala salah silap yang pernah ana lakukan seikhlas hati mereka. Jika ana ada hutang yang belum terlangsai…minta segera dan ingatkan ana (walaupun 1 sen)…sementara nyawa masih ada. Sama-sama kita peringatkan supaya di akhirat kelak kita tak disoal akan hak penghutang dan pemberi hutang.

Ana tak memandang hal ini sesuatu yg remeh…sebab tulah ana peringatkan antum. Selebihnya biarlah Allah SWT yang tentukan…

*****************************************

Sebaik-baik kaya ialah KAYA HATI
Sebaik-baik bekal ialah TAQWA
Seburuk-buruk buta ialah BUTA HATI
Sebesar-besar dosa ialah BERDUSTA
Seburuk-buruk usaha ialah memungut RIBA
Seburuk-buruk makanan usaha ialah makan HARTA ANAK YATIM
Siapa memaafkan orang akan di MAAFKAN ALLAH
Dan sesiapa mengampuni orang akan di AMPUNI ALLAH
 (copied) 

***Maaf atas segala salah silap sama ada melalui kata-kata***
Atau tingkah laku…atau mungkin juga hati
Kerana usia hidup tak diketahui oleh manusia…
Bila-bila masa sahaja akan dijemput kembali…

Wassalam

Rabu – 14 Jun 2008 bersamaan 9 Jamadil Akhir 1429 H – 12:37 a.m.

.::Bertahajudlah::.


Bertahajudlah agar kamu mendapat petunjuk

Sampai umur berapa kamu tidur malam,
padahal usia akan berakhir…

Sepanjang malam kulihat, celakalah kamu terlelap

Sedangkan orang lain bertahajud dalam mihrabnya.

Andai si pemalas tahu
apa yang diperolehinya oleh orang yang tekun

Berupa kebaikan dan pahala, maka dia tidak akan tidur.

Dia akan berpuasa dan bertahajud
di tengah manusia yang terlelap

Dan menyendiri bersama Tuhan Yang Esa.

Dia berusaha dengan tekun, gigih dan penuh harap

Benar-benar mengerti
bahawa hanya Allah pemilik Arasy yg layak di sembah.

Seandainya dunia kekal untuk dihuni
nescaya Rasulullah masih tetap hidup.

Apakah kamu masih tetap tidur,
wahai orang yang terpedaya?
Sedang neraka sudah dinyalakan!!!

Yang panasnya tidak pernah diturunkan
dan batu apinya tidak pernah habis terbakar

Wahai orang yang selalu berbuat maksiat,
celakalah kamu kerana tidak peduli

Kamu akan dihalau dalam keadaan haus dan kepanasan,
sedang mukamu menghitam.

*******************************************

(Abu Ishaq Ibrahim bin Adham)