.::SALAM LEBARAN::.

Tangisilah Ramadhan yang bakal berlalu,
Kerana mungkin ini yang terakhir kali;

Syukurilah syawal yang bakal menjelang,
Kerana itu tanda kemenangan umat islam;

Bersederhanalah dalam meraikan Lebaran,
Kerana membazir itu amalan syaitan.

***********************


Mudah-mudahan Ramadhan ini berjaya mendidik jiwa dan nafsu agar sentiasa tunduk kepada Allah SWT sebagai seorang hamba,

Dan…

Semoga Lebaran ini mampu mengukuhkan ukhuwah islamiyah sesama kita umat Islam.

SALAM AIDILFITRI,

MAAF ZAHIR & BATIN

'Abid di sisi Allah


Kematian...suatu yang mengasyikkan
Bagi seorang ‘abid yang ‘alim
Kerana penantiannya semakin berakhir…
Untuk menemui Kekasih yang dicintai

Seorang ‘abid itu…
Dihatinya tiada lain hanyalah cinta dan rindu pada Kekasihnya…
Dilepaskan kesenangan hidupnya demi melamar cinta Kekasihnya
Kurus tubuhnya menampakkan tulang belulang…
Lemah langkah kakinya kerana berdiri sepanjang malam…
Namun tidak pernah lelah menunaikan hakNya…
Dipandangan insan dia faqir…
Namun dipandangan Tuhannya dialah yang kaya…

Seorang ‘abid itu,
Siangnya diisi dengan amal kebajikan dan tuntutan hidup…
Malamnya dipenuhi dengan munajat yang indah
Lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah dan kalam-kalamNya
Matanya tak pernah lekang dengan tangisan
Wajahnya sentiasa dihiasi dengan sinar wudhuk
Dirinya dihiasi dengan pakaian iman dan taqwa…
Kerendahan hatinya disegani setiap insan…
Mulianya hatinya kerana Allah

Apalagi yang didambakan oleh kekasih terhadap Kekasihya, 
Selain cinta dan redhaNya
Hati yang zuhud, menundukkan dunia dan isi-isinya…
Apalah yang diharapkan lagi oleh kekasih yang sudah mabuk dalam cintanya
Selain pertemuan yang indah dengan Kekasihnya…
Ibadahnya bukan lagi untuk Syurga yang dijanjikanNya…
Bukan lagi untuk ganjaran yang dijaminkanNya
Bahkan semata-mata kerana Tuhannya…
Rindunya pada sujud dalam ibadahnya…
Dalam setiap sendunya hanya mengharapkan redha Ilahi

****************************************

Setelah bertahun saat ini ku serah padaMu Tuhan, 
Detik ini Kau menguji aku dengan pelbagai dugaan,
Tapi aku masih tabah menyingkap rahsia yang telah Kau abadikan,
Pada sehelai sutera yang bernama Illiyin,
Sebelum sempat aku mengenal dunia ini, 
Telah Kau ukir sejarahku di sana, 
Entah indah entah sebaliknya hanya Kau yang mengerti…
(credit to Nazatturaha)

***************************************

 Tuhan,
Sujudku tidak seindah para ‘abid,
Dan rintihku tidak semerdu para pejuangMu,
Tapi dalam setiap senduku,
Aku mengharap cinta dan kasihMu Rabbi…

Ya Ilahi…
Rindunya aku kehidupan para ‘abid
Siapalah aku untuk memiliki gelaran itu…
Hanya pada sekeping nama yang dititip kedua ibu bapaku…
Harapanku,
Mudah-mudahan ia terbit dalam diriku…


Ahad – 14 September 2008 bersamaan 14 Ramadhan 1429 H – 12:41 a.m.

.::TENTANG DOA::.

Berikut nasihat Imam Syafi’i berkaitan doa:


Nilai Sebuah Doa

Adakah engkau menganggap rendah nilai doa? Padahal engkau tidak mengetahui melanggar sebuah doa. Tidak ada salahnya engkau berdoa di tengah malam. Tetapi, perhatikanlah bahawa malam memiliki batas yang pasti akan berakhir.


Hari Untuk Berdoa

(Saya pernah membaca sebuah catatan yang diperintahkan oleh Abu Sulayman Al-Khaththabi kepada sebahagian dari murid-muridnya. Si guru berkata: “Dahulu pada hari-hari saat Imam Syafi’i menunaikan ibadah haji, ada suatu kesempatan yang digunakan olehnya untuk mengkaji berbagai masalah. Tiba-tiba ada seorang wanita menyampaikan sebuah lembaran yang bertulis:)

Semoga Allah SWT mengampuni dosa orang yang memberikan pertolongan dengan doa terhadap dua orang yang dahulunya selalu bersahabat. Kemudian mereka berpisah kerana dikuasai oleh nafsu mereka. Setelah itu hilanglah rasa persahabatan antara keduanya.

(Al-Khaththabi melanjutkan, “Lalu Imam Al-Syafi’i menangis seraya mengatakan, “Hari ini bukanlah hari untuk berdebat. Hari ini adalah hari untuk berdoa.” Kemudian Imam terus-menerus mengucapkan, Allhumma…..Allahumma…..hingga semua sahabatnya menghilangkan diri.”)


Hindarilah Doa Orang Yang Teraniaya

Ramai orang zalim telah kau perangi, namun ia tetap akan menjadi seperti yang ditakdirkan. Bagiku Islam tidak lain hanya mengajarkan ibadah dan doa-doa yang tidak boleh ditangkis dengan baju-baju besi.

Janganlah engkau menganggap tidak penting doa orang-orang yang teraniaya, kerana doanya menembus orang yang zalim dan pengikutnya bagaikan panah dari negeri Qis. Doanya akan menusuk ke dalam jiwa dan rongganya bagaikan anak panah yang tengah meleset. Ekornya adalah bulu matanya, pelicinnya adalah airmatanya.


Aku Tidak Peduli

Cukuplah Engkau sebagai pelindungku, kerana dalam diriMu terkandung pelindung hatiku.

Aku tidak peduli, bilapun cintaMu tiba. Selamanya tidak ada yang menghalangi kedatangan cintaMu kepadaku.


Jangan Berputus Asa Dari Rahmat Allah SWT

Apabila pagimu telah penuh dengan dosa, dan engkau takut akan seksaNya di hari kemudian, percayalah bahawa telah datang ampunan Allah Yang Maha Pengampun kepadamu, berikut nikmatNya yang berlipat ganda. Janganlah sekali-kalai berputus asa dari kasih sayang Tuhan, pada saat apa pun. Bukankah dalam perut ibumu ada segumpal darah dan sejuta kasih sayang? Apabila Dia menginginkan engkau untuk menjadi penghuni Jahannam selama-lamanya, pastilah Dia menutup hatimu dari ketauhidan.


Istighfar Dan Taubat 

Ya Tuhan! Limpahlah hatiku dengan belas kasihMu, baik pada waktu siang dan malam mahupun pada saat pagi dan petang silih berganti.

Tidak terlewat dalam hatiku, waktu aku tidur atau terjaga, kecuali mengingat namaMu antara nyawa dan nafasku.

Engkau telah masukkan ke dalam hatiku sebuah gagasan bahawa Engkau Maha Suci.

Telah banyak dosa yang aku perbuat, dan Engkau mengetahuinya. Namun, pada saat petang menjelang dan pagi itu datang, aku masih juga membuat dosa.

Pimpinlah aku ke jalan yang telah ditempuh oleh hamba-hambaMu yang soleh, dan jangan sesatkan aku dalam mengikuti jejak agamaMu.

Bimbinglah aku di dunia ini, dan di akhirat kelak, serta cerahkanlah wajahku pada saat orang-orang bermuka masam.


Anugerah Allah

Aku melihatMu pada saat penciptaanku yang penuh dengan anugerah. Engkaulah sumber satu-satunya pada saat penciptaanku. Hindarkan aku daripada anugerah yang buruk. Kerana sepotong kehidupan telah cukup bagiku hingga tiba saat Engkau mematikanku.


Merendahkan Diri Mengharap Belas Kasih

Dalam keadaan yang hina yang jauh dari keagunganMu dengan segala rahsia yang tidak aku ketahui.

Dengan kepala menunduk, dengan kesedaran yang mendalam, dengan kedua tangan yang menengadah, aku mohon anugerah dan belas kasihMu Ya Allah!

Dengan AsmaMu yang baik itu, aku panjatkan doa baik puisiku mahupun prosaku

Dengan janjiMu yang terdahulu, “Bukankah Aku Tuhanmu.”

Dengan orang yang belum dikenal, kemudian ia kenalkan dengan namanya

Berilah aku setitis kasih sayang, wahai Zat yang Maha Pengasih, agar hidupku tidak terseksa.


Perpisahan Dengan Dunia Menuju Akhirat

(Abu Ibrahim Ismail bin Yahya mengatakan: “Aku masuk menemui Imam Syafi’i ketika dia dalam keadaan sakit yang akhirnya menyebabkan kematiannya. Aku berkata kepadanya: ‘Bagaimana keadaanmu pagi ini?’ Imam menjawab: ‘Pagi ini aku tinggalkan dunia. Aku berpisah dengan kawan-kawan. Aku telah minum “piala” kematian. Aku sedang menuju Allah SWT. Dan aku sama sekali tidak tahu ke mana rohku. Apakah ke neraka ataukah ke syurga?’ Aku (Abu Ibrahim) mencuba menghiburnya. Imam lalu menangis sambil mengucapkan:) 

Pada saat hatiku membeku dan fikiranku kacau, aku jadikan harapanku sebagai tangga menuju keampunanMu.

Dosaku terlalu besar buat diriku; akan tetapi keampunanMu lebih besar dibandingkan besarnya dosaku.

Selama keampunanMu masih mengalir, tidak ada dosa yang tidak terhapus, Kau Maha Pemurah. Pengampun dan Maha Mulia.

Kalaulah bukan kerana Engkau, tidak seorang hamba pun yang tunduk kepada Iblis. Bagaimana mungkin? Adam pilihanMu, telah dijerumuskan oleh Iblis.