الحمدلله رب العالمين. حمدا حامد والعاقبة للمتقين. والصلاة والسلام على سيد المرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين.
Syukur ku panjatkan pada pemilik diri ini kerana dengan izinNya aku mengenal erti hidup. Dengan izinNya jua aku fahami erti CINTA (cinta kepada Allah)…semoga dengan kehendakNya jua aku menjadi insan bertaqwa.
“Manusia hanya mampu merancang, Tuhan jua yang menentukan”
Itulah hakikat dalam sebuah kehidupan. Seorang hamba takkan mampu mengatasi kehendak TuhanNya. Baik atau buruk pada pandangan manusia, tak semestinya buruk di sisi Tuhan. Yakin pada Dia, redha pasti akan hadir…maka sedih dan derita tidak terasa pahitnya bahkan hati lapang menerima takdir Ilahi.
Baru ni ana terima tawaran sambung pengajian ke IPT tempatan. Dalam dilema pula nak buat keputusan. Bukan tak teguh dengan pendirian yg asal, tapi banyak perkara yg perlu dipertimbangkan. Memang kehendak hati nak sambung ke Mesir tapi kehendak ayah tak boleh dipandang ringan juga. Akhirnya ana putuskan untuk sambung di Malaysia je… Ana harap keputusan ana tak mengguris hati sahabat-sahabat yg akan ke Mesir nanti. Mungkin belum rezeki untuk ana ke sana. Semoga semangat antum akan terus membara untuk mengutip mutiara ilmu dan pengalaman berharga di sana .
Nafsu tidak pernah puas dengan keinginannya…bila berjaya memiliki apa yg diinginkan, keinginannya semakin bertambah…dan bertambah lagi. Akhirnya sanggup melakukan apa saja demi keinginannya yg tidak terbatas lagi. Usah dimanjakan nafsu yg memujuk…kerana ia hanya akan melemahkan jiwa dan menipiskan iman di dada. Natijahnya menjarakkan hubungan hamba dengan pencipta. Tetapi titik beratkanlah kehendak hati yg sentiasa inginkan ketenangan, yg resah menerima kejahatan dan melihat kemungkaran…apalah erti gembira tanpa bahagia? Apalah makna kejayaan tanpa pengorbanan? Apalah tafsiran sebuah ketenangan andai tiada penderitaan yang terpaksa ditempuhi? Tanpa semua itu, pasti tiada apa yg dipelajari….akhirnya kekallah kita dalam kejahilan dan tipu daya dunia dan musuh.
Ambillah sedikit masa utk merenung dan berfikir...kerana banyak pengajaran dan pelajaran yg masih perlu diambil dari hidup ini. Moga pintu hati ini sentiasa dilembutkan utk menerima sebuah kebenaran. Allah yahfzhuna (semoga Allah memelihara kita semua). Wallahua’alam
No comments:
Post a Comment