Satu lagi puisi yang menyentuh hati dan perasaan… sebuah lirik nasyid kumpulan in-team… mari menghayatinya. Dan kalau nak dengar lagunya, pause dulu box nasyid kat bahagian bawah page supaya tak mengganggu.
PEMERGIANMU
Kau masih tersenyum mengubat lara, Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan, Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya tak tertanggung lagi derita, Di pangkuan isterimu Humaira’
Menunggu saat ketikanya, Di angkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air, Kau sapu di muka…Mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih, Pada ummat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertemu,
Penuh ketenangan jiwamu berlalu…
Linangan air mata syahdu, Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua,
Bahawa manusia kan mati akhirnya…
Tak terlafaz kata mengungkap hiba,
Gerhanalah seluruh semesta,
Walaupun kau telah tiada…bersemarak cintamu selamanya
Ya rasulullah kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya kami merinduimu…
No comments:
Post a Comment