Godaan Syaitan Agar Tidak Qiyamullail

Kita sedar, bahawa syaitan adalah musuh utama umat manusia…tetapi kita tidak sedar, bahawa kita sering digoda oleh syaitan. Lumrah manusia itu tidak terlepas dr sifat lupa, lalai dan alpa…tetapi ingatlah, jangan biarkan kelemahan kita ini menjadi sumber kekuatan musuh utk memperdaya kita.


Syaitan laknatullah, itulah musuh manusia yang paling utama yang sentiasa mengajak manusia melakukan kejahatan. Ia akan sentiasa berusaha agar manusia tidak bangun untuk bermunajat kepada Allah SWT dan berdua-duaan denganNya. Ini kerana syaitan tahu bahawa seseorang yg melakukan Qiyamullail dgn tulus dan ikhlas, doanya akan dikabulkan Allah, dan Allah SWT ‘mengamati’ hamba-hambanya itu. Disebabkan itu, mereka berjuang bermati-matian agar manusia tidak bangun di waktu malam untuk mengerjakan Qiyamullail.



Rasulullah SAW besabda :
“Syaitan mengikat tengkuk leher salah seorang dari kamu jika ia tidur, dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk setiap ikatan dengan berkata (kepada orang yang berkenaan): ‘Engkau masih mempunyai malam yang panjang, kerana itu, tidurlah’ ”. (Riwayat Bukhari, Muslim, An-Nasa’I, Ibnu Majah, dan Imam Ahmad)


Agar usahanya lebih berkesan, syaitan akan kencing di telinga seseorang agar ia tidak boleh bangun tidur sama sekali.



Di dalam salah satu hadis, disebutkan bahawa seseorang dilaporkan kepada Rasulullah SAW dan dikhabarkan lebih lanjut bahawa orang tersebut telah tidur sehingga pagi hari, hingga tidak solat, lalu Rasulullah SAW bersabda:
“Syaitan kencing di telinga orang tersebut” (Riwayat Bukhari, Muslim dan An-Nasa’I).


Justeru, sedarlah insan!!! Biarpun suruhan Qiyamullail itu hanyalah ibadah sunat, disitulah yg membezakan amalan antara muslim sama ada muslim itu mukmin atau sekadar pada nama sahaja. Kerana Qiyamullail juga dapat membentuk peribadi mulia seorang islam itu seperti mana yg telah dijelaskan dlm artikel sebelum ini.



Kita mengaku bahawa kita adalah muslim, tetapi adakah kita tunaikan hak kita sebagai seorang islam? Kita mengaku bahawa kita beriman…tetapi adakah kita benar-benar beriman dan berusaha meningkatkan iman kita? Kita mengaku bahawa kita cintakan Allah, tetapi pernahkah kita berusaha meluangkan masa berdua-duaan dgnNya? Sama-sama fikirkan dan ambillah pengajarnnya…

No comments:

Post a Comment