.::HIJRAH::.

Assalamu‘alaykom wbt. Alhamdulillahirabbil ‘alamin, Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah saw serta ahli keluarganya dan para sahabat. Sekian lamanya blog ini menyepi tanpa khabar berita tapi itu bukanlah bermaksud ia terhenti di sini. Dek kerana sibuk dengan pelbagai urusan sehingga tiada masa yang cukup untuk memenuhi ruangan maya ini. Moga diberikan kelapangan waktu untuk dimanfaatkan bersama.

Salam Maal Hijrah

Hari ini 1 Muharam 1430H bersamaan 29hb Disember 2008 bermulanya tahun baru islam, maka banyaklah azam2 baru yg ingin disempurnakan oleh setiap orang. Mudah-mudahan azam yg terbit itu sesuatu yg membawa kebaikan seterusnya mendekatkan diri dgn al-Khaliq, insyaallah.

Hijrah sendiri memiliki pelbagai tafsiran…dr segi bahasa, peristiwa sejarah mahupun pandangan individu itu sendiri. Namun hijrah pada pandangan islam itu adalah berubah kepada kebaikan dan perkara-perkara kebaikan yang akhirnya menjadikan seseorang itu muslim n mukmin sejati. Utk menuju ke arah hijrah itu, seseorang itu memerlukan penghayatan yg penuh dlm memuhasabahkan dirinya. Menyedari diri akan dosa-dosa dan maksiat yg pernah dilakukan, menginsafi akan kesilapan dahulu, yg akhirnya membawa kpd taubat. Maka, di sinilah terbenturnya Hijrah diri insani… renungi hasil nukilan seorang hamba Allah ini;

Saat jiwa terasa kosong dan sepi,
Langit itu jauh ku renungi,
Mengimbau kembali perjalanan hidupku,
Dari alam jahil ke alam zahir,
Dari mncari cinta dunia kepada cinta hakiki

Pernah dulu aku impikan,
Bebasnya hidup seperti insan lain,
Megahnya hidup dengan pangkat dan nama,
Mewahnya hidup dengan harta kekayaan…
Bahagianya hidup jika memiliki kesemuanya

Betapa jahilnya aku,
Betapa cintanya aku kepada dunia…
Hingga buta mataku…
Langsung tak memandang ke Akhirat…
Langsung tak menghirau pandangan Allah terhadapku…

Namun, tak pernah aku bahagia dengan duniaku
Makin hari makin terasa kekurangan itu
Semakin hari semakin sesak dadaku…

Mungkin ini hidayah Allah,
Dia memperlihatkan daku akan kematian,
Agar aku bangun dari mimpiku,
Agar aku jaga dari lenaku,

Maka tersedarlah aku,
Bahawa dunia ini akan aku tinggalkan
Cuma tak ku tahu akan waktunya…
Terbayanglah di fikiranku,
Bagaimana jika matiku tanpa sempat untuk bertaubat?
Apakah sanggup ku tanggung azab yang pedih itu!!!?
Sedangkan membayangkan sahaja sudah cukup menyiksakan…

Tanpa disedari,
Pipi ini dibasahi air mata…
Menghitung dosa yang menimbun setiap hari…
Di hatiku hanya terfikir…
Sempatkah untukku bertaubat…?
Sedangkan ajalku semakin hampir…

Dengan penuh rasa penyesalan,
Ku insafi diri dari dosa-dosa lalu…
Ku ringankan langkah kakiku,
Menuju ke pangkuan Ilahi,
Untuk berhijrah dari zulmat menuju nur Ilahi

Ya Ilahi,
Betapa hinanya hamba-Mu ini…
Ku akui diriku Islam,
Tetapi tak pernah ku syukuri akan segala nikmat-Mu
Bahkan aku semakin menjauhkan diri dari-Mu…
Betapa malunya aku kepada-Mu… Berdosanya aku kepada-Mu…
Kini aku kembali kepada-Mu… Ku hadapkan diriku untuk-Mu…
Demi untuk meraih kasih & cinta-Mu…
Sudilah Engkau menerimaku kembali…

Ya Razzaq,
Kurniaan-Mu kepada hamba-Mu melimpah ruah…
Namun sedikit sekali ku lafazkan syukurku ke hadrat-Mu…
Betapa takburnya aku… Betapa egonya aku…
Namun dalam kelalaianku,
Engkau masih membiarkan aku menikmati rezeki-Mu
Betapa Mulianya Engkau, Ya ‘Aziz
Betapa Kasihnya Engkau, Ya Rahim

Ya Muhaimin,
Kini aku sedar bahawa,
Bebasnya hidup itu apabila aku dapat beramal tanpa memikirkan pandangan manusia,
Megahnya hidup apabila aku dapat meninggalkan Hubud Dunya,
Mewahnya hidup apabila amal ibadahku semakin bertambah setiap hari…
Alangkah bahagianya hidup ini andai segalanya dilakukan kerana Engkau
Maka, Kau peliharalah aku…
Agar aku tidak kembali kepada kejahilanku dulu…
Agar aku tidak berjauhan dengan-Mu

Kini kusedari betapa indahnya hidup ini,
Jika semuanya dilakukan semata-mata kerana Allah…
Sekalipun aku dalam kesulitan,
Kerana aku yakin bahawa pertolongan-Nya pasti datang,
Buat hamba-hamba-Nya yang ikhlas…

…Bantulah aku Ya Allah…

Wasiat Sayidina Ali r.a.

Setelah sedar dari pengsan akibat ditetak oleh Abdul Rahman bin Muljam, Sayidina Ali r.a. melihat anaknya Sayidina Hassan r.a. sedang menangis maka beliau berwasiat dengan katanya: “Wahai anakku, hafalkanlah empat perkara di samping empat perkara”.

Jawab Sayidina Hassan r.a.: “Apakah semuanya itu?”

Kata Sayidina Ali r.a.: “KEKAYAAN yang sebenarnya adalah akal, KEPAPAAN yang sebenarnya ialah rosak akal, SEPI yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan KEMULIAAN yang sebenarnya ialah akhlak yang baik. Empat perkara lagi pesanku ialah (1) Jauhilah berteman dengan orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakan dirimu tetapi hakikatnya ia akan mencelakakan. (2) Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat denganmu lari darimu dan sebaliknya. (3) Jauhilah dari berkawan dengan orang yang bakhil sebab ia akan melupai kamu di waktu kamu sangat memerlukannya dan (4) Jauhilah orang yang suka membuat jahat sebab ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah”

Adab-adab Persahabatan Dengan Allah

Ketahuilah saudara-saudaraku, sahabat sejati yang tidak pernah berpisah dengan kita itu adalah pencipta kita yang Maha Agung yakni Allah SWT. Maka bersahabat dengan-Nya juga ada adab-adabnya yang harus kita pelihara dan lazimi.

Di dalam kitab ‘Bidayatul Hidayah’ karangan al-Imam Hujjatul Islam al-Ghazali rahimahullah. ada menjelaskan adab-adab persahabatan dengan Allah dan adab-adab itu seperti berikut:

  1. Menundukkan kepala di hadapan-Nya
  2. Merendahkan pandangan di hadapan-Nya
  3. Menumpukan perhatian kepada-Nya
  4. Mendiamkan segala anggota badan
  5. Bersegera mengikuti perintah-Nya
  6. Menjauhi larangan-Nya
  7. Tidak menyangkal perbuatan-Nya (Tidak menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap takdir-Nya)
  8. Mengakali zikir (ingat) kepada-Nya
  9. Melazimi fikir akan qudrat-Nya
  10. Mengambil yang hak dan meninggalkan yang batil
  11. Putus harapan daripada makhluk
  12. Tunduk kerana kehebatan-Nya
  13. Pecah hati kerana malu daripada-Nya
  14. Merasa tenang dalam kehidupan kerana percaya dengan jaminan-Nya
  15. Bertawakal (berserah diri) kepada kelebihan-Nya kerana percaya dengan pilihan-Nya

Persahabatan dengan Allah itu sangat indah, sehingga merasa cukup segala-galanya dan tidak memerlukan sesuatu yang lain lagi selainNya. Maka ambillah sedikit dari waktumu untuk merenung dan bermuhasabah diri kerana itu yang akan mendekatkan dirimu kepadaNya lalu menginsafi diri sebagai seorang hamba.

Sedarlah bahawa dunia ini sudah hampa dari manusia, siapa lagi yang boleh diharapkan kalau bukan Kekasihmu sendiri iaitu Allah SWT. Takkah terasa malu bahawa setiap hari kita dikurniakan rezekiNya sedangkan kita jarang mentaati perintahNya, bahkan sesaat pun kita tiada masa untuk mengingatinya apalagi mengucapkan rasa syukur seikhlas hati. Sama-samalah kita perbaiki hubungan kita denganNya agar kita tidak tergolong dikalangan orang yang rugi dan jauh dari rahmat dan redhaNya. Wallahua'alam

Syair Persahabatan

Ketika aku memaafkan orang lain dan aku tidak menaruh sebarang kedengkian terhadap mereka, aku telah selamat daripada sebarang kesusahan dan permusuhan.

Aku memberi penghormatan kepada musuh ketika aku berjumpa dengannya. Dengan cara ini aku dapat selamat dari kejahatan mereka.

Ketika aku menunjukkan kegembiraanku terhadap orang yang hendak aku marahi, maka aku Berjaya memenuhi hatiku dengan kebahagiaan.

Sebenarnya aku masih belum selamat dari kejahatan orang yang aku tidak kenali maka betapa aku akan selamat dari kejahatan orang yang sudah aku cintai.

Manusia itu sebenarnya penyakit dan cara menyembuhkannya hanya dengan tidak mencampuri urusan mereka, tetapi memutuskan hubungan sama sekali (adalah tidak baik kerana itu) bermakna memutuskan persaudaraan.

Maka janganlah engkau mengganggu mereka nescaya engkau selamat dari gangguan mereka dan hendaklah engkau mencari kecintaan yang tulin.

Apabila engkau mahu bersahabat dengan mereka, maka hendaklah engkau bersabarmenghadapi perangai mereka, dan jadikanlah dirimu seakan-akan tuli, bisu, buta daripada kesalahan mereka dan hendaklah engkau sentiasa melazimi ketakwaan.


**************************************
Syair oleh Hilal bin Alak

Jihad Melawan Nafsu

Alhamdulillah, hari ni masuk hari ke-4 umat islam menyambut kedatangan bulan Syawal. Bulan Syawal adalah bulan kemenangan bagi umat Islam…kita menyedari hakikat itu. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan kemenangan umat islam itu? Kemenangan yang dimaksudkan di sini ialah kemenangan umat Islam dalam memerangi hawa nafsu. Apa yang kita faham dan ketahui, jihad yang paling besar adalah jihad dalam memerangi hawa nafsu. Insyaallah, kalau kita ikhlaskan hati dan bersungguh-sungguh menjalani ibadah puasa Ramadhan, kita berjaya dalam memerangi hawa nafsu ini.

Mengapa perlu mengawal nafsu? Nafsu adalah punca segala maksiat dan dosa. Apabila manusia menjadi hamba kepada nafsu, akan musnahlah hidupnya. Segala kebaikan tidak akan terlihat lagi bahkan segala kejahatan dilihatnya sebagai suatu yang mulia. Semua ini adalah bisikan iblis dan syaitan kepada manusia semata-mata yang telah berjanji kepada Allah SWT untuk menyesatkan manusia sejak penciptaan Nabi Adam a.s lagi. Mahukah kita menjadi hamba kepada iblis dan syaitan laknatullah ini? Betapa hinanya kita, bukan sahaja terhadap makhluk Allah SWT yang lain tetapi juga hina pada pandangan Allah SWT. 

Ada di kisahkan mengenai nafsu dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah. Menurut kitab tersebut, setelah Allah SWT menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, menghadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." 

Setelah itu Allah SWT menyiksanya dengan neraka Jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah SWT menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hambaMu dan Kamu adalah Tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah SWT mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat. Oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, kerana kalau nafsu yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Namun, masih ramai lagi insan yang tak menyedari hakikat ini…biarpun ada yang menyedarinya tetapi seringkali tidak mengendahkannya. Inilah rupanya manusia apabila meletakkan agama di bawah dan meletakkan nafsu di atas. 

Oleh itu, dalam bulan yang mulia ini, marilah kita sama-sama sucikan hati dengan bertaubat dan kembali kepada fitrah asal kejadian. Dekatkanlah diri kita kepada Allah SWT kerana hidup kita sebagai khalifah di muka bumi ini hanya untuk mendapatkan keberkatanNya dan mencari bekalan untuk menampung timbangan pahala di padang Mahsyar nanti. Ambillah peluang yang ada ini juga untuk kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi ke rumah sanak saudara untuk kita saling bermaaf-maafan sesama muslim. Sesungguhnya Islam itu bersaudara dan ingatlah bahawa Allah SWT tidak menyukai orang yang bermusuhan dengan saudaranya sendiri.

Ingin ditegaskan di sini, jangan sesekali membenarkan diri dikuasai oleh nafsu kerana ia adalah punca segala maksiat dan dosa. Tidaklah sia-sia Allah SWT mewajibkan kita berpuasa di bulan Ramadhan kerana salah satu tujuannya adalah untuk mendidik jiwa supaya mengawal nafsu yang degil. Kita menahan lapar dan dahaga, menjaga pandangan, menjaga pendengaran, memperbaiki adab dan akhlak, mendirikan solat berjemaah dan sebagainya. Semua itu adalah cara kita mendidik diri supaya tidak menuruti nafsu. 

Maka, janganlah kita sia-siakan pengorbanan dan perjuangan kita yang zahirnya kelihatan sedikit tetapi hakikatnya besar kesannya terhadap hidup kita pada hari-hari berikutnya. Sama-samalah kita memohon doa kepada Allah SWT supaya mengekalkan Islam dan Iman yang diberikan ini serta memohon agar sentiasa dikurniakan taufiq dan hidayahNya supaya tidak sesat dalam agamaNya. Amin…..


Sabtu – 4 Oktober 2008 bersamaan 4 Syawal 1429 H – 3:18 p.m.

.::SALAM LEBARAN::.

Tangisilah Ramadhan yang bakal berlalu,
Kerana mungkin ini yang terakhir kali;

Syukurilah syawal yang bakal menjelang,
Kerana itu tanda kemenangan umat islam;

Bersederhanalah dalam meraikan Lebaran,
Kerana membazir itu amalan syaitan.

***********************


Mudah-mudahan Ramadhan ini berjaya mendidik jiwa dan nafsu agar sentiasa tunduk kepada Allah SWT sebagai seorang hamba,

Dan…

Semoga Lebaran ini mampu mengukuhkan ukhuwah islamiyah sesama kita umat Islam.

SALAM AIDILFITRI,

MAAF ZAHIR & BATIN

'Abid di sisi Allah


Kematian...suatu yang mengasyikkan
Bagi seorang ‘abid yang ‘alim
Kerana penantiannya semakin berakhir…
Untuk menemui Kekasih yang dicintai

Seorang ‘abid itu…
Dihatinya tiada lain hanyalah cinta dan rindu pada Kekasihnya…
Dilepaskan kesenangan hidupnya demi melamar cinta Kekasihnya
Kurus tubuhnya menampakkan tulang belulang…
Lemah langkah kakinya kerana berdiri sepanjang malam…
Namun tidak pernah lelah menunaikan hakNya…
Dipandangan insan dia faqir…
Namun dipandangan Tuhannya dialah yang kaya…

Seorang ‘abid itu,
Siangnya diisi dengan amal kebajikan dan tuntutan hidup…
Malamnya dipenuhi dengan munajat yang indah
Lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah dan kalam-kalamNya
Matanya tak pernah lekang dengan tangisan
Wajahnya sentiasa dihiasi dengan sinar wudhuk
Dirinya dihiasi dengan pakaian iman dan taqwa…
Kerendahan hatinya disegani setiap insan…
Mulianya hatinya kerana Allah

Apalagi yang didambakan oleh kekasih terhadap Kekasihya, 
Selain cinta dan redhaNya
Hati yang zuhud, menundukkan dunia dan isi-isinya…
Apalah yang diharapkan lagi oleh kekasih yang sudah mabuk dalam cintanya
Selain pertemuan yang indah dengan Kekasihnya…
Ibadahnya bukan lagi untuk Syurga yang dijanjikanNya…
Bukan lagi untuk ganjaran yang dijaminkanNya
Bahkan semata-mata kerana Tuhannya…
Rindunya pada sujud dalam ibadahnya…
Dalam setiap sendunya hanya mengharapkan redha Ilahi

****************************************

Setelah bertahun saat ini ku serah padaMu Tuhan, 
Detik ini Kau menguji aku dengan pelbagai dugaan,
Tapi aku masih tabah menyingkap rahsia yang telah Kau abadikan,
Pada sehelai sutera yang bernama Illiyin,
Sebelum sempat aku mengenal dunia ini, 
Telah Kau ukir sejarahku di sana, 
Entah indah entah sebaliknya hanya Kau yang mengerti…
(credit to Nazatturaha)

***************************************

 Tuhan,
Sujudku tidak seindah para ‘abid,
Dan rintihku tidak semerdu para pejuangMu,
Tapi dalam setiap senduku,
Aku mengharap cinta dan kasihMu Rabbi…

Ya Ilahi…
Rindunya aku kehidupan para ‘abid
Siapalah aku untuk memiliki gelaran itu…
Hanya pada sekeping nama yang dititip kedua ibu bapaku…
Harapanku,
Mudah-mudahan ia terbit dalam diriku…


Ahad – 14 September 2008 bersamaan 14 Ramadhan 1429 H – 12:41 a.m.

.::TENTANG DOA::.

Berikut nasihat Imam Syafi’i berkaitan doa:


Nilai Sebuah Doa

Adakah engkau menganggap rendah nilai doa? Padahal engkau tidak mengetahui melanggar sebuah doa. Tidak ada salahnya engkau berdoa di tengah malam. Tetapi, perhatikanlah bahawa malam memiliki batas yang pasti akan berakhir.


Hari Untuk Berdoa

(Saya pernah membaca sebuah catatan yang diperintahkan oleh Abu Sulayman Al-Khaththabi kepada sebahagian dari murid-muridnya. Si guru berkata: “Dahulu pada hari-hari saat Imam Syafi’i menunaikan ibadah haji, ada suatu kesempatan yang digunakan olehnya untuk mengkaji berbagai masalah. Tiba-tiba ada seorang wanita menyampaikan sebuah lembaran yang bertulis:)

Semoga Allah SWT mengampuni dosa orang yang memberikan pertolongan dengan doa terhadap dua orang yang dahulunya selalu bersahabat. Kemudian mereka berpisah kerana dikuasai oleh nafsu mereka. Setelah itu hilanglah rasa persahabatan antara keduanya.

(Al-Khaththabi melanjutkan, “Lalu Imam Al-Syafi’i menangis seraya mengatakan, “Hari ini bukanlah hari untuk berdebat. Hari ini adalah hari untuk berdoa.” Kemudian Imam terus-menerus mengucapkan, Allhumma…..Allahumma…..hingga semua sahabatnya menghilangkan diri.”)


Hindarilah Doa Orang Yang Teraniaya

Ramai orang zalim telah kau perangi, namun ia tetap akan menjadi seperti yang ditakdirkan. Bagiku Islam tidak lain hanya mengajarkan ibadah dan doa-doa yang tidak boleh ditangkis dengan baju-baju besi.

Janganlah engkau menganggap tidak penting doa orang-orang yang teraniaya, kerana doanya menembus orang yang zalim dan pengikutnya bagaikan panah dari negeri Qis. Doanya akan menusuk ke dalam jiwa dan rongganya bagaikan anak panah yang tengah meleset. Ekornya adalah bulu matanya, pelicinnya adalah airmatanya.


Aku Tidak Peduli

Cukuplah Engkau sebagai pelindungku, kerana dalam diriMu terkandung pelindung hatiku.

Aku tidak peduli, bilapun cintaMu tiba. Selamanya tidak ada yang menghalangi kedatangan cintaMu kepadaku.


Jangan Berputus Asa Dari Rahmat Allah SWT

Apabila pagimu telah penuh dengan dosa, dan engkau takut akan seksaNya di hari kemudian, percayalah bahawa telah datang ampunan Allah Yang Maha Pengampun kepadamu, berikut nikmatNya yang berlipat ganda. Janganlah sekali-kalai berputus asa dari kasih sayang Tuhan, pada saat apa pun. Bukankah dalam perut ibumu ada segumpal darah dan sejuta kasih sayang? Apabila Dia menginginkan engkau untuk menjadi penghuni Jahannam selama-lamanya, pastilah Dia menutup hatimu dari ketauhidan.


Istighfar Dan Taubat 

Ya Tuhan! Limpahlah hatiku dengan belas kasihMu, baik pada waktu siang dan malam mahupun pada saat pagi dan petang silih berganti.

Tidak terlewat dalam hatiku, waktu aku tidur atau terjaga, kecuali mengingat namaMu antara nyawa dan nafasku.

Engkau telah masukkan ke dalam hatiku sebuah gagasan bahawa Engkau Maha Suci.

Telah banyak dosa yang aku perbuat, dan Engkau mengetahuinya. Namun, pada saat petang menjelang dan pagi itu datang, aku masih juga membuat dosa.

Pimpinlah aku ke jalan yang telah ditempuh oleh hamba-hambaMu yang soleh, dan jangan sesatkan aku dalam mengikuti jejak agamaMu.

Bimbinglah aku di dunia ini, dan di akhirat kelak, serta cerahkanlah wajahku pada saat orang-orang bermuka masam.


Anugerah Allah

Aku melihatMu pada saat penciptaanku yang penuh dengan anugerah. Engkaulah sumber satu-satunya pada saat penciptaanku. Hindarkan aku daripada anugerah yang buruk. Kerana sepotong kehidupan telah cukup bagiku hingga tiba saat Engkau mematikanku.


Merendahkan Diri Mengharap Belas Kasih

Dalam keadaan yang hina yang jauh dari keagunganMu dengan segala rahsia yang tidak aku ketahui.

Dengan kepala menunduk, dengan kesedaran yang mendalam, dengan kedua tangan yang menengadah, aku mohon anugerah dan belas kasihMu Ya Allah!

Dengan AsmaMu yang baik itu, aku panjatkan doa baik puisiku mahupun prosaku

Dengan janjiMu yang terdahulu, “Bukankah Aku Tuhanmu.”

Dengan orang yang belum dikenal, kemudian ia kenalkan dengan namanya

Berilah aku setitis kasih sayang, wahai Zat yang Maha Pengasih, agar hidupku tidak terseksa.


Perpisahan Dengan Dunia Menuju Akhirat

(Abu Ibrahim Ismail bin Yahya mengatakan: “Aku masuk menemui Imam Syafi’i ketika dia dalam keadaan sakit yang akhirnya menyebabkan kematiannya. Aku berkata kepadanya: ‘Bagaimana keadaanmu pagi ini?’ Imam menjawab: ‘Pagi ini aku tinggalkan dunia. Aku berpisah dengan kawan-kawan. Aku telah minum “piala” kematian. Aku sedang menuju Allah SWT. Dan aku sama sekali tidak tahu ke mana rohku. Apakah ke neraka ataukah ke syurga?’ Aku (Abu Ibrahim) mencuba menghiburnya. Imam lalu menangis sambil mengucapkan:) 

Pada saat hatiku membeku dan fikiranku kacau, aku jadikan harapanku sebagai tangga menuju keampunanMu.

Dosaku terlalu besar buat diriku; akan tetapi keampunanMu lebih besar dibandingkan besarnya dosaku.

Selama keampunanMu masih mengalir, tidak ada dosa yang tidak terhapus, Kau Maha Pemurah. Pengampun dan Maha Mulia.

Kalaulah bukan kerana Engkau, tidak seorang hamba pun yang tunduk kepada Iblis. Bagaimana mungkin? Adam pilihanMu, telah dijerumuskan oleh Iblis.

Ramadhan Karim

Saudaraku muslimin dan muslimat,

Ramadhan sudah semakin hampir menemui kita, bagaimana dengan persiapan antum untuk menyambutnya? Inilah bulan yg sangat dinanti-nantikan oleh umat islam, maka ambillah peluang yg ada ini untuk memperbanyakkan amalan untuk tabung akhirat nanti. Namun dalam menyambut kemuliaan bulan Ramdhan ini, janganlah terlalu memandang ringan sehingga puasa kita hanya sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja... pastinya itu satu tanggapan yg silap dan merugikan…

Berikut adalah beberapa hadis Rasulullah saw yg dikutip dari kitab ‘bidayatul Hidayah’ karangan imam al-Ghazali untuk dijadikan panduan dan peringatan dalam menjalani ibadah puasa nanti:


Puasa bukan hanya meninggalkan makan, minum dan jimak.

Sabda Rasulullah saw : Berapa banyak orang yg berpuasa, yg ia tidak memperolehi puasanya itu selain daripada lapar dan dahaga. (HR Ibnu Majah dan Ahmad)


Hendaklah menjaga seluruh anggota.

Rasulullah saw bersabda :

“Lima perkara yg membatalkan (pahala) puasa, iaitu berbohong, mengumpat, berbuat fitnah, melihat (perempuan yg bukan mahram) dengan syahwat dan sumpah palsu”. (HR ad-Dilami)

“Hanyasanya puasa itu perisai, maka apabila seseorang kamu puasa maka jangan ia bercakap yg tidak baik (seperti ia bercakap perkara-perkara yg lucah) dan jangan ia membuat maksiat dan jangan bertindak seperti orang jahil. Oleh kerana itu apabila ada orang lain yg cuba memusuhinya atau memakinya maka hendaklah ia berkata (di dalam hatinya kalau ia puasa sunat, di hati dan mulut kalau dia puasa wajib) : Bahawasanya aku ini berpuasa”. (HR Bukhari)


Puasa adalah kunci kepada segala ketaatan.

Sabda Nabi saw : 

“Allah berfirman (di dalam hadis qudsi) bahawa setiap kebaikan itu akan digandakan sepuluh kali sehingga sampai 700 kali ganda (mengikut keikhlasan dan keindahan amalan tersebut) kecuali puasa maka puasa itu untuk Ku dan Akulah yg akan langsung membalasnya (dengan balasan sangat banyak yg tidak terbilang banyaknya)”.

“Demi Allah yg diriku di bawah kekuasaanNya, sesungguhnya bau mulut orang yg puasa itu adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi. Allah berfirman : Hambaku rela meninggalkan syahwatnya, makanan dan minuman kerana semata-mata mencari keredhaanKu maka puasanya adalah untuk Ku dan Akulah yg akan terus membalasnya”.

“Di dalam syurga itu ada satu pintu yg bernama ‘Ar-Rayyan’ di mana pintu itu tidak dapat dimasuki kecuali oleh orang yg berpuasa sahaja”


Sumber : Kitab ‘Bidayatul Hidayah’ karangan al-Imam Hujjatul Islam al-Ghazali r.a.

----------------------------------------------------------

Nasihat Rasulullah Menyambut Bulan Ramadhan

  1. Bermohonlah kepada Allah, Rabbmu dengan niat yg tulus dan hati yg suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam(puasa) dan membaca kitab-Nya.
  2. Celakalah orang yg tidak mendapat ampunan Allah di bulan yg agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin.
  3. Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yg muda, sambunglah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yg tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yg tidak halal kamu mendengarkannya.
  4. Kasihanilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah.
  5. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yg paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hambaNya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeruNya, menyambut mereka ketika mereka memanggilNya, dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
  6. Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat kerana beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjangkan sujudmu.
  7. Ketahuilah! Allah Ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri dihadapan Rabb Al-'Alamin.
  8. Wahai manusia! Barangsiapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang Mukmin yg berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yg lalu.
  9. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.
  10. Wahai manusia! Siapa yg membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirath pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.
  11. Barangsiapa yg meringankan pekerjaan orang-orang yg dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaanNya di hari Kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
  12. Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa denganNya.
  13. Barangsiapa menyambungkan tali persudaraan (silaturahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmatNya pada hari ia berjumpa denganNya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmatNya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
  14. Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan , Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan solat fardhu baginya adalah ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu di bulan yg lain.
  15. Barangsiapa memperbanyak selawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa pada bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Qur'an pada bulan-bulan yg lain.
  16. Wahai manusia! sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu.
  17. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.
  18. Amirul Mukminin r.a berkata : Aku berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yg paling utama dibulan ini?”. Jawab Nabi : Ya abal Hasan! Amal yg paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yg diharamkan Allah".

Di kutip dari:"Puasa Bersama Rasulullah", karangan Ibnu Muhammad, Pustaka Al Bayan Mizan.

Sumber : slideshare.net

Andalusia::Sejarah Islam Yang Disembunyikan

EROPAH… Bila sebut perkataan EROPAH, dlm fikiran ana cuma terfikir sebuah negara yg penduduknya terdiri dari orang-orang barat shj. Tak terfikir langsung nak ambil tahu…tapi, jgn tertipu hanya pd nama…hakikatnya, di sinilah pernah terbinanya sebuah negara Islam terkuat di dunia.

Pertama kali ana ditanya tentang Andalusia, terpinga-pinga juga menjawabnya. Hanya teringat pd sebuah lirik lagu nasyid kumpulan Far East “Maassalamah Ya Andalus” dan “Al-Hambra”…tapi masih tak dapat memberikan apa-apa maklumat. Rupa-rupanya ada kisah yg menarik dan pahit terhadap umat Islam di sini. Mungkin ramai yg tak tahu atau menyedarinya, namun inilah hakikatnya. Utk tahu lebih lanjut, ikuti catatan di bawah…


*********************************************************

Daripada Berita Harian Online, 20 April 2008. Tajuk: Ulul Albab: Meratapi Andalus Demi Merapatkan Umat, oleh Abdurrahman Haqqi. Permusuhan, kesenangan serta kecintaan terhadap dunia faktor keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol.

“MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yg hilang krn kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.” Begitulah ucapan seorang bonda Raja dlm sejarah Islam di Andalus, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kpd anaknya Abu Abdullah drpd puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pd 21 Muharram 897 Hijrah (H) yg memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kpd Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dgn itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yg berkuasa selama 800 tahun.

Bani al-Ahmar adalah puak yg menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu Granada drpd 620 H hingga 897 H, pd tahun di mana perjanjian di atas dimeterai. Perjanjian yg membabitkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yg pd akhirnya tidak pernah direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun. Perjanjian ini akhirnya dimeterai krn menerima banyak tekanan drpd orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dlm sejarah Islam pd 892 H. Pd masa itu ribuan umat Islam yg dijanjikan boleh menyelamatkan diri dgn berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Dlm kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka. Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi di dlm rumah, dgn lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dr rumah mereka dgn aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal utk berlayar keluar dr Sepanyol dgn membawa barang keperluan masing-masing. Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yg ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yg meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yg akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yg tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dgn pantas tentera Kristian menggeledah rumah yg ditinggalkan mereka sebelum membakarnya. Ribuan umat Islam yg berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yg dikatakan akan mengangkut mereka keluar dr Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa krn mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dgn pedang terhunus.

Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dgn buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yg sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dgn kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yg biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yg tidak boleh dilupakan. Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dlm kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.

Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yg kekal di negara itu. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dgn pelbagai ugutan dan seksaan yg sangat kejam, mengerikan dan menakutkan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yg mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim krn terlalu perit dugaan yg dialami mereka.

Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pd tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yg makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yg luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yg juga kawasan pergunungan.

Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh krn sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yg tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir 6 abad lamanya.

pandangan istana al-hambra dr jauh

Penguasa dan pemimpin Islam pd masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yg mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yg dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dgn katanya: “Aku memerlukan tambahan utk otakku bukan utk mengurangkannya.”

Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yg sedia menanti utk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik utk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara utk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dgn serangan pemikiran dan budaya.

Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan utk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari drpd membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yg kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.

Di samping itu, antara punca lain yg membuat Andalus hilang drpd peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yg mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dgn wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka krn mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yg menyedihkan ada umat Islam yg menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.

Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dgn Raja Kristian Choinawi utk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kpd Choinawi dan membayar ‘jizyah’ tahunan kpdnya. Jizyah dlm Islam mesti dibayar bukan Islam kpd pemerintah Islam, tetapi apa yg dilakukan Abu Zaid yg beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kpd Choinawi yg beragama Kristian.

800 tahun bukan masa yg singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan menjadikannya bangsa yg bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pd satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yg mempunyai seorang menteri pertahanan wanita, Carme Chacon yg boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dlm keadaan hamil seperti dilaporkan akhbar pd 14 April lalu.

Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dga apa juga cara. Dgn mengambil contoh Andalus yg hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas drpd jalur yg lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kpd bukan Islam, kesenangan yg tidak terkawal dan kecintaan terhadap dunia, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana. Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pd permulaan tulisan ini akan terdengar kembali. Wallahu a’lam.



INTI PATI:

Perubahan hebat berlaku ke atas tamadun di serata dunia tidak terlepas drpd pengaruh Islam dan kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh Islam yg pernah berkuasa selama 800 tahun di Sepanyol dan Andalusia. Cahaya Islam pernah meresap masuk menguasai Eropah. Islam sudah berlabuh di Sepanyol hingga ke tembok Vienna. Islam tidak memisahkan agama dr negara dan menolak sekularisme dlm bentuk apapun yg bertujuan memisahkan agama drpd kehidupan yg menjadikan kehidupan lepas bebas drpd neraca agama. Apabila ketiga-tiga ciri dapat direalisasikan generasi Islam kini, konspirasi musuh Islam akan dapat diatasi.


FAKTA: 

Islam memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.
Banyak warisan ditinggalkan tamadun Islam di Sepanyol.
Tariq ibni Ziad mendarat di Gibralta pada 30 April 711 dan menamakan Sepanyol sebagai Al-Andalus.
Pemerintah Islam membina istana yg besar dinamakan Alhambra dan masjid besar dinamakan Qardoba.


Hasil Nukilan :

Dr. Danial Zainal Abidin
dzcsyifa@streamyx.com



*********************************************************

Andalus yg sering digambarkan dgn seribu keindahan (pancuran air, tamadun yg dimegah-megahkan, lagu dan syair digubah utk mengungkapkan keindahannya, dan keilmuan sains dan teknologinya sering menjadi bahan paparan media) namun hanya indah khabar dr berita. Hakikatnya, “Andalus itu pahit dan derita, penuh kebinatangan yg terbit pd wajah manusia”-Abu Saif (saiful islam)

Betapa pahitnya peristiwa sejarah ini bg kita umat islam… namun pd hari ini nama Andalusia terus terpadam dan luput dlm kamus hidup manusia. Kegemilangan empayar Islam yg terbina beratus-ratus tahun dahulu dgn mudahnya di musnahkan oleh musuh-musuh Islam yg tak pernah berhenti utk menghapuskan agama suci ini.

Saudara-saudara semuslim, ayuh ambil iktibar dr peristiwa ini. Jgnlah terus mendiamkan diri membuta tuli. Maruah Islam sudah tercalar… sepertimana tercalarnya luka yg dlm di hati ini bila menyedarinya. Apakah kita masih selesa dgn kemewahan dan kemajuan dunia yg semakin hari semakin mencipta jurang antara seorang hamba terhadap Tuhannya? Mungkin sukar utk mengambil semula Andalusia, tetapi kita mampu mengembalikan suasana dan kegemilangan Andalusia semula di manapun kita berada asalkan kita bersatu demi Islam tercinta.

Ingatlah, sesungguhnya kekuatan umat islam itu bila kita bersatu di bawah panji-panji Islam manakala senjata utamanya adalah doa…maka berdoalah sepertimana doanya seorang ‘abid merintih di malam hari di hadapan Tuhannya.

Qiyamullail Para Sahabat

Qiyamullail Abu Bakar As-Siddiq r.a.

Dari Abu Qatadah diceritakan: “Suatu malam Nabi saw keluar, tiba-tiba beliau menjumpai Abu Bakar As-Siddiq sedang solat dgn merendahkan suaranya. Kemudian beliau melintasi Umar yg sedang solat dgn meninggikan nada suaranya. Lalu ketika kedua-dua sahabat itu telah berkumpul disamping Nabi saw, beliau pun berkata: ‘ Wahai Abu Bakar, aku lalu di dekatmu dan engkau sedang solat dgn merendahkan suaramu’. Abu Bakar menjawab: ‘Sesungguhnya aku memperdengarkan kpd Zat yg aku bermunajat kpdNya, wahai Rasulullah’. Lalu beliau pun berkata kpd Umar: ‘Aku melintas di dekatmu dan engkau sedang solat dgn meninggikan nada suaramu’. Umar pun menjawab: ‘Wahai Rasulullah, aku membangunkan orang-orang yg sedang terlelap dan menghalau syaitan’. Lantas Nabi saw pun berkata: ‘Wahai Abu Bakar, angkat sedikit nada suaramu, dan engkau wahai Umar, rendahkan sedikit nada suaramu’,”.


Qiyamullail Umar bin Khattab r.a.

Aisyah r.ha. berkata: “Kalau kamu ingin tempat pertemuan menjadi baik, kamu mesti mengingat Umar bin Khattab”.


Mata yg berjaga malam terjaga dgn penuh kemahuan

Dia telah menghilangkan tidur dr matanya

Perjalanan hidupnya penuh dgn pujian

Hanya sifatnya yg terpuji yg boleh kita ambil pelajaran


Al-Hasan berkata: “Uthman bin Abu Al-Ash mengahwini salah seorang janda Umar bin Khattab dan ia berkata: ‘Aku tidak menginginkan harta atau anak dr perkahwinan ini, hanya ku ingin agar dia memberitahuku tentang solat malamnya Umar. Maka ku tanyakan pdnya tentang bagaimana solatnya Umar pd waktu malam’. Dia menjawab: ‘Dia mendirikan solat Isyak lalu menyuruh kami meletakkan wadah yg berisi air. Kalau dia terjaga, dia meletakkan tangannya di air dan mengusap muka dgn tangannya serta berzikir kpd Allah SWT hingga tidur lagi sebentar. Kemudian terjaga lagi pd waktu dia biasa bangun utk solat malam’,”.


Umar bin Khattab berkata kpd Muawiyah bin Khudaj yg datang setelah solat Zohor dan menyangkanya sedang tidur siang: “Sungguh buruk apa yg kamu katakan atau yg kamu fikir. Jika aku tidur siang, aku akan menghilangkan hak rakyat dan jika aku tidur pd waktu malam, aku akan menghilangkan hak diriku. Bagaimana aku tidur dgn dua tuntutan ini, waha Muawiyah?”.


Krn itulah ketika ia sempat mengantuk selagi duduk, ditanyakan kpdnya: “Kenapa engkau tidak tidur sahaja?”. Beliau menjawab: “Bagaimana mungkin aku tidur? Jika aku tidur pd waktu malam, aku akan menghilangkan kesempatanku bersama Allah”. Orang itu berkata: “Demi Allah wahai Faruqul Islam, hanya dgn beberapa anggukan kepala sudah cukup bagimu tanpa perlu berbaring lagi di atas tilam”.


Umar berkata: “Demi bapa dan ibuku (selanjutnya ia membacakan sebuah syair):


Aku tidak tahu apakah malamku panjang atau tidak

Bagaimana mungkin mengetahui wahai itu, orang yg hanya tidur sebentar

Andai aku berehat utk menikmati suasana malam dan mengamati bintang, aku akan menjadi orang tercela.


Al-Hafiz ibnu Kathir berkata: “Beliau mengimami orang utk solat Isyak, kemudian masuk ke rumah dan masih terus solat hingga waktu fajar”.


Abbas bin Abdul Muttalib berkata: “Kami bertetangga dgn Umar, dan kami tidak mendapat orang yg lebih utama dr Umar Al-Khattab. Malam harinya diisi dgn solat, siangnya berpuasa sambil melayani keperluan orang ramai”.


Dari Zaid bin Aslam dr ayahnya diceritakan bahawa Umar solat di suatu malam. Ketika sampai akhir malam, beliau bangunkan keluarganya utk solat dgn berkata kpd mereka: “Solat, Solat”. Lalu dia membaca ayat berikut: “Dan perintahkanlah keluargamu utk mendirikan solat dan agar mereka bersabar dlm melaksanakannya. Kami tidak meminta rezeki bahkan Kamilah yg akan memberimu rezeki. Dan akibat yg baik itu adalah bagi orang yg bertaqwa” (Taha : 132)


Qiyamullail Uthman bin Affan r.a.

Diriwayatkan oleh Ibnu Sirin: “Ketika Uthman r.a. dibunuh, isteri beliau berkata, ‘Kamu telah membunuhnya, sedang dia telah menghidupkan malam seluruhnya dgn al-Quran dlm suatu rakaat’.”


Al-Hafiz Ibnu Kathir berkata: “Telah diriwayatkan dr pelbagai arah bahawa beliau solat dgn membaca al-Quran dlm suatu rakaat dekat Hajar Aswad pd musim haji, dan ini adalah kebiasaan beliau. Krn itulah kami meriwayatkan pendapat Ibnu Umar bahawa yg dimaksudkan dr firman Allah SWT: ‘Apakah kamu wahai orang-orang musyrik yg lebih beruntung ataukah orang yg beribadah pd waktu malam dgn bersujud dan berdiri, sedang ia takut pd azab akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya?,’(Az-Zumar : 39). Dia adalah Uthman bin Affan”.


Dharar bin Dhamarah al-Kinani menyebutkan sifat beliau ketika ditanya oleh Muawiyah bin Abu Sufyan r.a. dan katanya: “Terasing dr dunia dan gemerlapnya, akrab dgn kehidupan malam dan kegelapannya. Aku bersaksi, demi Allah, telah melihat di antara kebiasaannya ketika malam mulai gelap dan bintang telah tenggelam, beliau sedang berdiri miring di dlm mihrab sambil meraba janggutnya dan menangis seperti orang yg ditimpa kesedihan. Maka seolah-olah aku mendengarnya berkata ‘Wahai Tuhan kami… wahai Tuhan kami…’ dgn penuh permohonan kpdNya. Lalu dia berkata pd dunia: ‘Kamu mencuba menggoda dan mengalihkan perhatianku. Tidak akan kuturuti dan tidak akan pernah. Godalah orang lain, krn aku telah mengutukmu. Usiamu pendek, kedudukanmu hina dan kehormatanmu tidak ada harganya. Sangat menyakitkan rasanya krn perbekalan yg sedikit, perjalanan jauh dan keras yg akan dilalui’.”


Mendengar itu tidak terasa air mata Muawiyah pun menitis membasahi janggutnya. Beliau menggosoknya dgn lengan bajunya dan mereka yg mendengar pun ikut menangis. Muawiyah lalu berkata: “Begitulah keadaan Abu al-Hasan rahimahullah. Bagaimana gambaran cintamu padanya wahai Dhirar?”. Dhirar menjawab: “Cintanya haiwan yg disembelih salah satunya tetap di dlm liangnya, yg tiada terhenti air matanya dan tiada terputus kesedihannya”.

.::Tentera Hati::.

SAUDARAKU…

Ketahuilah bahawa Allah SWT sekali-kali tidak pernah meninggalkan hati terkontang-kanting dan terumbang-ambing sendirian di medan pertempuran yang berdepan dengan nafsu di bahagian hadapan, manakala dibelakangnya pula ada syaitan yang durjana. Malah Dia telah mempersiapkan untuknya, bala tentera yang boleh memberikan nasihat agar tidak terpedaya dengan tipu daya musuh. Di antara tentera hati yang paling penting adalah akal.


Akal itu ialah tempat letaknya ilmu. Maka ia boleh dianggap pendengaran kepada hati. Sebanyak mana ilmu bermanfaat yang dimiliki oleh seorang insan, maka sekadar itulah kekuatan pendengaran hatinya.


Firman Allah SWT:
…sebenarnya yg menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah daripada kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yg berilmu… (Fathir : 28)


Dengan ilmulah kita dapat membezakan sesuatu yg bermanfaat daripada yang mudharat, yang halal dari yang haram dan dgnnya juga perkara-perkara syubhat dapat dielakkan.


Sabda Nabi saw :
“Kelebihan seseorang yang berilmu di atas seorang ‘abid ialah seperti kelebihanku di atas yang paling rendah di kalangan kamu” (HR Tirmizi)


Dan sebagaimana Allah SWT telah menjadikan bagi setiap insan itu seekor syaitan sebagai teman yang sentiasa berusaha untuk memperelokkan amalan keburukan yang dilarang, maka begitu jugalah Allah telah menyediakan untuknya seorang malaikat yang mengingatkannya tentang kebaikan.


Sabda Nabi saw : "
Di dalam hati ada dua kumpulan bisikan. Satu bisikan daripada malaikat yang menjanjikan kebaikan dan membenarkan yang baik. Maka barangsiapa yang mendapatinya maka hendaklah ia tahu bahawa ianya adalah daripada Allah Yang Maha Suci dan hendaklah ia memuji Allah. Dan satu bisikan lagi daripada musuh yang menjanjikan kejahatan, mendustakan kebenaran dan menegah daripada kebaikan. Maka barangsiapa yang mendapatinya, maka hendaklah ia memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam” Kemudian baginda membacakan firman Allah SWT: Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji… (al-Baqarah : 268) (HR Tirmizi dan Nasa’i)


Oleh itu, usahakanlah diri untuk menimba ilmu walau di mana saja kita berada terutamanya ilmu fardu ‘ain dan ilmu-ilmu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tetapkan juga niat di hati bahawa ilmu yang dicari dan diperolehi adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah, agar tidak terjerumus ke dalam kemaksiatan yang tidak disedari…bukan untuk ria’ dan takbur dihadapan orang lain, apalagi ujub di hadapan Allah.


Ingatlah, waspada terhadap kedegilan nafsu!!! jangan biarkan ia memimpin hati kita, kelak meranalah jiwa.

Takut Hanya Pada ALLAH

Sabda Nabi saw: “SEANDAINYA kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu lebih banyak menangis daripada ketawa” (HR Bukhari dan Muslim)


Perhatikan hadis di atas dan renungkan ia dalam diri kita…maka orang yg benar-benar takut kpd Allah SWT ialah orang yg lebih banyak menangis drpd ketawa, dan yg lebih banyak diam drpd berbual-bual kosong apalagi bertengkar.


Dikisahkan, pd suatu hari, Wahab bin Munabih memimpin Ibnu Abbas r.a yg telah tua dan kehilangan penglihatannya ke Masjidil Haram. Tiba di sana, Ibnu Abbas mendengar beberapa orang sedang berbual dgn suara yg lantang dan sesetengahnya ada yg ketawa keras. Lalu dia meminta supaya dibawakan ke hadapan mereka.


Selepas memberi salam, Ibnu Abbas r.a berkata: “Izinkan aku menceritakan darihal hamba-hamba Allah yg sebenar-benarnya. Mereka adalah manusia yg tidak ingin berkata-kata krn takutkan Allah. Sungguhpun mereka tidak bisu dan sebaliknya dapat menggunakan bahasa dgn fasihnya tetapi oleh krn selalu memuji Allah, mereka tidak dapat memperkatakan yg demikian rupa, mereka bersegera ke arah kebaikan. Mengapakah kamu sekalian telah menyeleweng dr jalan ini?”


Wahab bin Munabih berkata: “Selepas peristiwa itu, aku tidak melihat manusia berkumpul di Masjidil Haram (utk berbual kosong apalagi bertengkar)”.


Firman Allah SWT :

Dan hanya kepadaKu hendaknya kamu merasa takut (al-Baqarah : 40)

Dan Allah memperingatkan kamu terhadap seksaNya (al-Imran : 30)


Takut kpd Allah itu bermakna kita takut akan seksaNya yg amat dahsyat. Dgn perasaan inilah yg akan menjadikan kita berwaspada dan berhati-hati agar tidak melakukan sesuatu perkara yg dilarang apalagi dibenci Allah.


Selama ini, kita sering dibayangi perasaan takut akan hal-hal duniawi sedangkan hakikatnya takut itu hanya wujud utk Allah shj… jika hari ini kita kata kita takut gagal ujian/peperiksaan, takut dgn penguasa yg zalim… maka apakah kita tidak takut akan hari perhitungan kita dihadapan al-Hasib? Semoga menjadi satu pengajaran pd diri kita dan ambillah iktibar daripadanya.

Syaitan Penghalang Orang Berdoa

Pernah pada suatu hari Ibrahim bin Adham berjalan di pasar kota Basrah maka ramailah orang yg datang mengerumuninya lalu berkata: “Wahai Abu Ishaq, sesungguhnya Allah telah berfirman dalam al-Quran yg maksudnya, “Berdoalah kepadaKu, nescaya akanKu perkenankan doamu itu” (al-Mukmin : 60), sedangkan selama ini kami berdoa, tapi mengapa Allah tidak memperkenankan doa kami itu?”


Berkata Ibrahim bin Adham: “Hai orang-orang Basrah, sesungguhnya hati kamu semuanya telah mati dalam sepuluh perkara, maka bagaimana doa kamu akan diperkenankan?


  1. Kamu telah mengenal Allah, akan tetapi kamu tidak menunaikan haknya;
  2. Kamu mengaku mencintai Rasulullah, tetapi kamu meninggalkan sunnahnya;
  3. Kamu telah membaca al-Quran tetapi kamu tidak mengamalkannya;
  4. Kamu mengaku memusuhi Syaitan, tetapi mematuhi dan menyetujuinya;
  5. Kamu mengaku ingin masuk Syurga, tetapi kamu tidak berbuat untuk menuju ke Sana;
  6. Kamu mengaku ingin selamat dari Neraka, tetapi kamu campakkan diri kamu sendiri ke dalamnya;
  7. Kamu mengatakan bahawa mati adalah benar, tetapi kamu tidak bersiap-siap menghadapinya;
  8. Kamu sibuk memikirkan cela saudara-saudara kamu sehingga kamu tidak mengenal cela diri kamu sendiri;
  9. Kamu memakan nikmat dari Tuhanmu, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya;
  10. Kamu telah menguburkan orang yang mati di antara kamu, tetapi kamu tidak mengambil iktibar dari mereka”.