Andalusia::Sejarah Islam Yang Disembunyikan

EROPAH… Bila sebut perkataan EROPAH, dlm fikiran ana cuma terfikir sebuah negara yg penduduknya terdiri dari orang-orang barat shj. Tak terfikir langsung nak ambil tahu…tapi, jgn tertipu hanya pd nama…hakikatnya, di sinilah pernah terbinanya sebuah negara Islam terkuat di dunia.

Pertama kali ana ditanya tentang Andalusia, terpinga-pinga juga menjawabnya. Hanya teringat pd sebuah lirik lagu nasyid kumpulan Far East “Maassalamah Ya Andalus” dan “Al-Hambra”…tapi masih tak dapat memberikan apa-apa maklumat. Rupa-rupanya ada kisah yg menarik dan pahit terhadap umat Islam di sini. Mungkin ramai yg tak tahu atau menyedarinya, namun inilah hakikatnya. Utk tahu lebih lanjut, ikuti catatan di bawah…


*********************************************************

Daripada Berita Harian Online, 20 April 2008. Tajuk: Ulul Albab: Meratapi Andalus Demi Merapatkan Umat, oleh Abdurrahman Haqqi. Permusuhan, kesenangan serta kecintaan terhadap dunia faktor keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol.

“MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yg hilang krn kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.” Begitulah ucapan seorang bonda Raja dlm sejarah Islam di Andalus, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kpd anaknya Abu Abdullah drpd puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pd 21 Muharram 897 Hijrah (H) yg memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kpd Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dgn itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yg berkuasa selama 800 tahun.

Bani al-Ahmar adalah puak yg menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu Granada drpd 620 H hingga 897 H, pd tahun di mana perjanjian di atas dimeterai. Perjanjian yg membabitkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yg pd akhirnya tidak pernah direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun. Perjanjian ini akhirnya dimeterai krn menerima banyak tekanan drpd orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dlm sejarah Islam pd 892 H. Pd masa itu ribuan umat Islam yg dijanjikan boleh menyelamatkan diri dgn berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Dlm kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka. Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi di dlm rumah, dgn lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dr rumah mereka dgn aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal utk berlayar keluar dr Sepanyol dgn membawa barang keperluan masing-masing. Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yg ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yg meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yg akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yg tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dgn pantas tentera Kristian menggeledah rumah yg ditinggalkan mereka sebelum membakarnya. Ribuan umat Islam yg berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yg dikatakan akan mengangkut mereka keluar dr Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa krn mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dgn pedang terhunus.

Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dgn buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yg sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dgn kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yg biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yg tidak boleh dilupakan. Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dlm kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.

Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yg kekal di negara itu. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dgn pelbagai ugutan dan seksaan yg sangat kejam, mengerikan dan menakutkan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yg mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim krn terlalu perit dugaan yg dialami mereka.

Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pd tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yg makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yg luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yg juga kawasan pergunungan.

Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh krn sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yg tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir 6 abad lamanya.

pandangan istana al-hambra dr jauh

Penguasa dan pemimpin Islam pd masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yg mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yg dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dgn katanya: “Aku memerlukan tambahan utk otakku bukan utk mengurangkannya.”

Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yg sedia menanti utk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik utk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara utk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dgn serangan pemikiran dan budaya.

Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan utk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari drpd membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yg kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.

Di samping itu, antara punca lain yg membuat Andalus hilang drpd peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yg mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dgn wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka krn mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yg menyedihkan ada umat Islam yg menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.

Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dgn Raja Kristian Choinawi utk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kpd Choinawi dan membayar ‘jizyah’ tahunan kpdnya. Jizyah dlm Islam mesti dibayar bukan Islam kpd pemerintah Islam, tetapi apa yg dilakukan Abu Zaid yg beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kpd Choinawi yg beragama Kristian.

800 tahun bukan masa yg singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan menjadikannya bangsa yg bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pd satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yg mempunyai seorang menteri pertahanan wanita, Carme Chacon yg boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dlm keadaan hamil seperti dilaporkan akhbar pd 14 April lalu.

Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dga apa juga cara. Dgn mengambil contoh Andalus yg hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas drpd jalur yg lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kpd bukan Islam, kesenangan yg tidak terkawal dan kecintaan terhadap dunia, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana. Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pd permulaan tulisan ini akan terdengar kembali. Wallahu a’lam.



INTI PATI:

Perubahan hebat berlaku ke atas tamadun di serata dunia tidak terlepas drpd pengaruh Islam dan kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh Islam yg pernah berkuasa selama 800 tahun di Sepanyol dan Andalusia. Cahaya Islam pernah meresap masuk menguasai Eropah. Islam sudah berlabuh di Sepanyol hingga ke tembok Vienna. Islam tidak memisahkan agama dr negara dan menolak sekularisme dlm bentuk apapun yg bertujuan memisahkan agama drpd kehidupan yg menjadikan kehidupan lepas bebas drpd neraca agama. Apabila ketiga-tiga ciri dapat direalisasikan generasi Islam kini, konspirasi musuh Islam akan dapat diatasi.


FAKTA: 

Islam memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.
Banyak warisan ditinggalkan tamadun Islam di Sepanyol.
Tariq ibni Ziad mendarat di Gibralta pada 30 April 711 dan menamakan Sepanyol sebagai Al-Andalus.
Pemerintah Islam membina istana yg besar dinamakan Alhambra dan masjid besar dinamakan Qardoba.


Hasil Nukilan :

Dr. Danial Zainal Abidin
dzcsyifa@streamyx.com



*********************************************************

Andalus yg sering digambarkan dgn seribu keindahan (pancuran air, tamadun yg dimegah-megahkan, lagu dan syair digubah utk mengungkapkan keindahannya, dan keilmuan sains dan teknologinya sering menjadi bahan paparan media) namun hanya indah khabar dr berita. Hakikatnya, “Andalus itu pahit dan derita, penuh kebinatangan yg terbit pd wajah manusia”-Abu Saif (saiful islam)

Betapa pahitnya peristiwa sejarah ini bg kita umat islam… namun pd hari ini nama Andalusia terus terpadam dan luput dlm kamus hidup manusia. Kegemilangan empayar Islam yg terbina beratus-ratus tahun dahulu dgn mudahnya di musnahkan oleh musuh-musuh Islam yg tak pernah berhenti utk menghapuskan agama suci ini.

Saudara-saudara semuslim, ayuh ambil iktibar dr peristiwa ini. Jgnlah terus mendiamkan diri membuta tuli. Maruah Islam sudah tercalar… sepertimana tercalarnya luka yg dlm di hati ini bila menyedarinya. Apakah kita masih selesa dgn kemewahan dan kemajuan dunia yg semakin hari semakin mencipta jurang antara seorang hamba terhadap Tuhannya? Mungkin sukar utk mengambil semula Andalusia, tetapi kita mampu mengembalikan suasana dan kegemilangan Andalusia semula di manapun kita berada asalkan kita bersatu demi Islam tercinta.

Ingatlah, sesungguhnya kekuatan umat islam itu bila kita bersatu di bawah panji-panji Islam manakala senjata utamanya adalah doa…maka berdoalah sepertimana doanya seorang ‘abid merintih di malam hari di hadapan Tuhannya.

7 comments:

  1. salam zirah...

    xsangka ye,..ana sndiri xbyk bc pasal andalusia..stakat dengar nasyid ada la...sayu dan pilu hati bila mengetahui sejarahnya..bumi berdarah kerana sikap binatang kafir laknatullah..

    jika kita lihat faktor kejatuhannya,ana terfikir bahawa strategi kafir laknatullah itu sedang dilakukan ke atas kita disini.Mereka sedar bhawa org islam sagt kuat dr segi kekuatan ketenteraan kerna sasaran mereka syahid..dan mereka mengatur utk menyerang dari sudut pemikiran dan budaya....dan hasilnya mereka berjaya apabila andalusia ditakluki,..

    jika kita lihat situasi kita sekarang....tidak mustahil ianya berulang kembali.,..generasi muda tertawan dan terpesona dengan apa yang mereka (kafir) anjurkan...sedangkan generasi muda adalah tunggak kepada negara....bukankah jika mahu melihat negara pada masa akan datang,lihatlah generasi mudanya...

    terlalu kecil bilangan para remaja yg sedar dengan perkara tersebut,realiti tersebut...ramai yang sibuk berdreaming,berfantasi,dan mengikut trend kini sekaligus membantu menjayakan misi kafir laknatullah..

    oleh itu,pada pemuda pemudi yang sedar ....mahupun separuh sedar,..bangkitlah...perjuangkan agama kita...jangan diulang sejarah berdarah itu..sanggupkah kita...??

    laksanakanlah apa yang dipertanggungjawab kan pada kita....Allah sentiasa bersama kita...nahnu du'at qabla kullu syai'in...Allahuakbar...

    sekadar pandangan dan rasa hati...asif jika terlebih mahu terkurang..hamba yg lemah dan cb memperbaiki diri..wallahualam

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Sangat setuju dengan saudari asrar di atas. Memang jika dilihat kita telahpun sebenarnye dijajah pemikiran oleh puak2 yahudi dn sekutu2nya yg mahu menguasai seluruh dunia. ianya terdiri drpd:

    1.Freemason
    2.Bilderberg
    3.Zionis
    4Illuminati

    Mereka adalah sekutu yg sangat mempunyai semangat berkerjasama. Kalau tentang penjajahan pemikiran pulak, banyak yang memainkan peranan ialah Illuminati(kalau x silap). Siap ada satu peta di mana menandakan negara mana yg telah berjaya dijajah pemikirannya, dan juga mengikut warna yang berlainan menandakan kekuatan penjajahan tersebut, samada sangat kuat,kuat,ataupon lemah. kalau yg lemah itu maknaya mereka perlu bekerja lebih keras lagi di kawasan tersebut.

    Yang lebih menyedihkan ana apabila melihat peta tersebut ialah negara Malaysia telahpon ditandakan dengan warna yg menandakan penjajahan di situ sudah sangat kuat, maknanya tidak perlu lagi menumpukan perhatian ke arah negara Malaysia, sedangkan negara jiran,Indonesia masih diletakkan di bawah kawasan yg bahaya yg perlukan lebih pemerhatian.

    Jadi, rasanya kuffar x kan menyerang Malaysia sebagaimana mereka menyerang Andalus. Ini kerana mereka sudahpon melakukan suatu serangan yang mana serangan itu susah untuk dikesan dan berkesan untuk jangka masa yg lama. Na'uzubillah..

    اللهم اهد قومنا

    والله أعلم
    wallahu a'lam

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. salam perjuangan...

    1st, tq sbb invite ana ke blog ini.

    2nd, kalau boleh (pendapat peribadi) besarkan sikit font, susah nak baca...

    memang kalau kita lihat di mana2 sekalipun umat Islam ditindas dan dihina serta dibantai habis - habisan sama ada kita sedar atau tidak, sama ada kita mengaku atau tidak...

    ini semua berpunca daripada umat Islam itu sendiri yang ditimpa penyakit wahan (cintakan dunia, takutkan mati)sehingga umat Islam diserang musuh2 daripad kalangan Muslim dan non Muslim

    ReplyDelete
  5. Assalammu'alaykum wr.wb..

    Ana mau berbagi sedikit pandangan mengapa ummat Islam sekarang ini lemah?

    Perlu kita tahu bahwa di zaman dahulu orang kafir tidak berani menyerang Islam lewat aqidahnya karena apa? Karena kita waktu itu tengah kuat aqidahnya, mereka (orang kafir) begitu cerdik dan pandainya menyerang Islam dgn menyusupkan pemikiran kufur dan budaya. Dizaman sekarang ini orang kafir terang2an berani menyerang melalui aqidah kita, mereka menyiksa, membunuh orang muslim dengan kejamnya.

    Disisi lain tengoklah pula disekitar kita, sering kita jumpai yg tertangkap mencuri adalah orang Islam, tertangkap merampok orang Islam juga Islam, terkadang ada juga yg sampai tega membunuh/ berbuat dzalim kepada saudaranya sendiri. Benar kata saudara Badrul Aini bahwa Allah akan menimpakan penyakit al-Wahn kepada orang2 seperti ini.

    Sungguh pedih hati ana lihat saudara kita sendiri berbuat dzalim kepada sesama saudara sendiri. Herannya lagi mereka membaca al-Qur'an, mereka mengimani al-Quran tetapi mereka mengimaninya ala orang kafir (ala barat) melalui pemahaman liberal & paham2 kufur lainnya. Inilah strategi orang kafir untuk membuat lemah aqidah kita (ummat Islam). Banyak pula aliran2 sesat, ummat Islam sekarang ini telah bercerai berai karena kesesatan dari al-Qur'an yg mereka imani.

    Bukankah Rasulullah telah berpesan agar kita jangan sampai bercerai berai, cukup ikutilah Allah dan Rasul-Nya insya Allah kita akan selamat, yaitu selalu berpegang kepada al-Qur'an menurut pandangan assunah, ikutilah/taatilah Rasul dengan cara meneladani dan mengamalkan sunnah2nya.

    Rasulullah bersabda:
    “Aku tinggalkan dua perkara untuk kalian. Selama kalian berpegang teguh dengan keduanya tidak akan tersesat selama-lamanya, yaitu Kitabullah dan Sunnahku. Dan tidak akan terpisah keduanya sampai keduanya mendatangiku di haudh (Sebuah telaga di surga, Pen.).” (HR. Imam Malik).

    Perintah untuk bersatu dalam naungan panji kekhilafahan adalah solusi tepat untuk membuat kembali musuh2 kita takut, membuat Islam kembali mulia, kembali berjaya, kita mesti lakukan sesuatu untuk menghidupkan kembali assunnah dalam kehidupan sehari-hari.

    Apa yg hendak ditakutkan? Kita adalah ummat yg satu ummat terkuat karena aqidah, Kita ummat terkuat karena sistem, kedudukan yg strategis, sumber daya alam, kita ummat terkuat karena jumlah bilangan kita yg banyak. Kita mesti belajar dari kekalahan masa lalu, dari kehancuran kekhilafahan yg lalu agar dapat kita bangun kembali kekhilafahan yg baru. Bagi ana Andalusia adalah suatu simbol dan bukti dimana ummat Islam (khilafah) pernah berjaya, kita waktu itu adalah ummat yg ditakuti karena kebersatuan kita, yg selalu menyelaraskan al-Qur'an dalam pandangan Assunnah.

    Ada pepatah yg mengatakan: "Kekalahan adalah awal dari kejayaan kita", Allah meengajarkan kita dengan memberi kita kekalahan agar kita dapat belajar untuk menang (untuk tidak mengulangi kesalahan yg ke-2 kalinya) Insya Allah...

    ReplyDelete
  6. Salam ziarah...

    Maaf lambat ziarah blog anti...
    Ana sibuk dengan exam 2,3 hari ni. Alhamdulillah, artikel ni mengimbau kembali kenangan & zaman kegemilangan Islam Zaman pemerintahan khalifah Islam.Ana pernah baca & tengok dokumentari mengenai andalusia ni.. Ya Allah, memang dahsyat tentera salib menghapuskan orang islam..

    Kita orang Islam memang cukup terasa dengan perlakuan orang kafir yang tidak pernah mengenang budi ni. tapi kita perlu ingat kerana, kalau tak kerana kuasa Allah dan orang Islam sendiri, Mungkin Andalusia masih ditangan Islam lagi sekarang ni...

    Tapi, apabila orang islam lalai, itulah balasan Allah swt. Allah tidak akan menolong orang islam yang kufur... Bukan kehilangan Andalusia je yang tinggal kenangan dan peristiwa yang menyayat hati, al-quds dan palestin antara bakal dan sedang dilanyak oleh kafir laknatullah..

    Islam Bosnia juga hancur juga kerana tidak bersyukur kepada Allah, bak kata Dr. Haron Din. Allah tidak akan bantu orang islam jika tidak patuh pada perintahNya.

    Kalau Malaysia tidak dijaga, kita juga bakal menerima musibah yang sama.. itu tidak mustahil, walaupun rakyat malaysia telah dijajah pemikirannya, yahudi tidak pernah berdiam dan tengok sahaja apa yang berlaku di malaysia... Ia akan hancurkan bila-bila masa jika iman dan islam telah hancur di Malaysia..

    Oleh itu, sama-samalah kita muhasabah & islahkan diri serta perteguhkan iman untuk terus menegakkan syiar Islam di muka bumi ini...

    Wallahualam...Wasalam....

    ReplyDelete
  7. alaykom slm wbt...
    syukran ats pndgn msg2...

    mudah2an ianya mnjadi iktibar n mnydrkn seluruh umt islam di dunia dlm usaha mgmbalikan kgmilgn islam d bumi Allah ini.

    mungkin jg ada hikmah d sebalik kelalain umt islam pd masa tu... klu diimbau kmbali pristiwa brsejarah ni iaitu kebangkitan islam di Andalusia...pd masa yg sama kebangkitan islam jg brlaku pd zmn prnthn krjn Abbasiah di kota Baghdad...

    klu dilihat dr peta dunia...kedudukan Andalusia n dan kota Baghdad hy dipisahkan oleh empayar Byzantine yg mana kwsn trsebut dikuasai oleh kuasa asing (org Rom). klu islam mmpu kuasai kwsn trsebut...insyaallah,pasti bumi ini hy didiami oleh umt islam shj...krn islam akan jd 1 kuasa yg sgt bsr.

    hikmahnya, mgkn Allah nk pnjgkn lg cerita nie hingga ke hari kiamat nnt...di mana islam itu sndiri akn bangun kembali spt yg dikhabarkn...

    tp tu x brmkna kita blh bersenang lenang biarkn musuh trs2an menindas umt islam...spt mana yg brlaku di Palestin kini. sbliknya peristiwa2 sjrh ni prlu jd iktibar kpd kita semua utk mengmbalikan kgmilgn islam di bumi ini.

    ReplyDelete