.::Cintakan Rasulullah::.

Wahai insan, ketahuilah bahawa kita akan mendapat kedudukan yg mulia di sisi Allah SWT jika mengikuti sunnah Nabi SAW. Sebaliknya, kita akan diremehkan dan jauh dariNya jika tidak mengikuti Nabi SAW.

Mengapa??? Kerana kunci segala kebaikan adalah mengikut sunnah Nabi SAW. Maka, ikutilah sunnah baginda dan sentiasalah merasa cukup dgn segala kurniaan Allah, bersikap zuhudlah terhadap milik org lain, jangan rakus pd dunia serta tinggalkanlah ucapan dan perbuatan yg sia-sia. Sesungguhnya siapa yg Allah bukakan pintu hatinya utk mengikuti sunnah Nabi SAW, itu petanda bahawa ia telah dicintaiNya.

Firman Allah SWT:

Katakan (wahai Muhammad), jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintai dan mengampuni dosa-dosa kamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ali Imran : 31)

Terdapat 2 aspek dlm ikutan sunnah Nabi SAW iaitu aspek lahiriah dan batiniah.

Aspek lahiriah merupaka solat, puasa, zakat, haji, jihad fi sabilillah serta pelbagai ibadat lainnya. Manakala aspek batiniah merupakan keyakinan adanya pertemuan dgn Allah dlm solat, disertai kekhusyukan dan renungan terhadap bacaan ayat-ayatNya.

Bila kita sedang melakukan amal ibadat seperti solat dan membaca al-Quran, namun ketika itu tidak dapat merasakan kehadiran Allah, tak miliki rasa takut, tak berfikir dan tak boleh merenung…bererti penyakit batin telah menghinggap diri kita. Entahlah…sama ada itu adalah kesombongan, ujub atau seumpama dengannya. Astaghfirullah al-‘azim…

Firman Allah SWT:

Aku tidak memalingkan org2 yg menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yg benar. (Al-A’raf : 146)

Dgn mengikuti sunnah nabi, kita seolah-olah tergolong sebagai sebahagian ahli keluarga baginda SAW…….walaupun hakikatnya kita tiada hubungan persaudaraan dgn baginda SAW. Sesungguhnya, sikap patuh dan taat…..mengikat tali hubungan, manakala sikap membangkang pula punca putusnya hubungan. Hal ini dikisahkan Allah dalam firmanNya:

Allah membuat isteri Nuh dan isteri Lut perumpamaan bagi org2 kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan kedua hambaKu yg soleh tetapi keduanya telah mengkhianati suami mereka, maka kedua suaminya tidak dpt membantu mereka sedikitpun dari (seksaan) Allah dan dikatakan kpd keduanya : Masuklah kamu berdua ke dlm neraka bersama yg lainnya. (At-Tahrim : 10)

Nabi SAW bersabda: “Tahukah engkau org yg rugi?”. Para sahabat menjawab: “Org yg rugi adalah yg tidak mempunyai wang dan harta”. Nabi SAW menyanggah: “Orang yg rugi adalah org yg pd hari kiamat datang dgn membawa solat, puasa dan zakat tetapi ia pernah mencaci, merosak kehormatan, memakan harta haram, menumpahkan darah dan memukul org. Sehingga sebagai gantinya, amal kebaikannya diberikan kpd org2 yg teraniaya itu. Apabila amal kebaikannya telah habis sebelum bebanan kewajipannya terbayar, dosa-dosa mereka diambil dan diberikan padanya sehingga ia dilempar ke neraka. (HR Muslim dan a-Tirmidzi)

Jika kita mengaku mencintai Rasululullah SAW, perbanyakkanlah berselawat ke atas junjungan baginda SAW mengikut kemampuan masing-masing.

Menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa berselawat atasku sekali, Allah akan berselawat padanya 10 kali. (HR Muslim dan Abu Daud)

Firman Allah SWT: Sesungguhnya Allah beserta para malaikatNya berselawat atas Nabi SAW. Wahai org2 yg beriman, ucapkanlah selawat dan salam atasnya. (Al-Ahzab : 56)

Sahabat…..Itu baru sekali selawat, kalau 10 kali… maknanya Allah akan selawat kpd kita 100 kali…dan seterusnya. Itu secara matematiknya la kan…jadi kenapa masih berat utk berselawat???!!! Allah SWT sendiri berselawat ke atas baginda SAW…..jadi mengapa kita terlalu sombong??!! Fikir….fikirkan sahabat2….

No comments:

Post a Comment