..::Renungan Mujahid::..

Memulakan langkah memang perit. Bertatih jatuh dan bangun semula. Kadang-kadang tanpa tangan yang menghulur bantuan, terus diri kembara sendirian. Mimpikan syurga idaman, sedangkan diri tak tahan ujian. Kerdilnya diri bila keringat yang gugur, titis air mata kecewa, rupanya masih sedikit cinta dan kasih dipadu mekar dalam jambangan setia pada perjuangan islam.

Andai diri LEMAH, bangunlah munajat pada ALLAH. Dengan izinNya, yang LEMAH dipandang GAGAH, yang SEDIH dipandang CERIA, yang RESAH menjadi TENANG. Sedikit pengorbanan selamanya terasa. Adakalanya DIA memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana DIA mengerti keperluan hambaNya. Adakalanya DIA mengambil semula sebelum sempat kita bersedia, kerana DIA ingin menguji keimanan hambaNya.

No comments:

Post a Comment