Pembersihan Jiwa

Sebagai muslim yg mengaku beriman kpd Allah SWT, kita perlu melakukan pembersihan jiwa(taubat) bukan sahaja setiap hari, bahkan setiap detik kita bernafas. Hal ini dianjurkan dan diperintahkan Allah SWT dalam surah an-Nur;

Firman Allah SWT:

Bertaubatlah kamu semua kpd Allah wahai org2 yg beriman agar kamu beruntung. (An-Nur : 31)

Mengapa perlu bertaubat?...kerana ia adalah suatu keperluan yg menghantar seorang hamba menjadi kekasih Allah.

Firman Allah SWT:

Sesungguhnya Allah menyukai org2 yg bertaubat dan menyukai org2 yg menyucikan diri. (Al-Baqarah : 222)

Menurut al-A’az al-Muzanni r.a, Nabi SAW bersabda: “Apabila timbul perasaan dlm hatiku, maka aku beristighfar (memohon keampunan) kpd Allah 100 kali sehari”. (HR Muslim)

Abu Hurairah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Demi Allah, setiap hari aku beristighfar dan memohon taubat kpd Allah lebih dr 70 kali”. (HR Bukhari)

Berusahalah utk bertafakur sepanjang hidup ini…renungkan kembali apa yg telah kita lakukan selama ini. Jika selama ini kita banyak menghabiskan masa dgn melakukan ketaatan kpd Allah, maka bersyukurlah dan istiqamahlah…sebaliknya, jika kita banyak menghabiskan waktu kehidupan ini dgn kemaksiatan, maka sedarlah segera serta beristighfarlah dan bertaubatlah…!!!

Jgn pula menyesali diri sambil tertawa gembira…sebaliknya sedarkan diri dgn kejujuran dan ketulusan hati kembali ke jalan Allah SWT. Tundukkanlah diri di hadapannya dgn rasa rendah diri, hina dan sangat memerlukanNya… sesungguhnya, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…Dia pasti akan menerima taubat hambanya yg ikhlas, Dia akan menggantikan kesedihan dgn keceriaan, kehinaan dgn kemuliaan, kegelapan dgn cahaya, terselindung dgn yg terbuka…

Sahabat, ketahuilah bahawa apabila seorang hamba Allah itu jatuh ke dlm perbuatan dosa, dgn itu juga hatinya akan menjadi gelap gelita. Perbuatan maksiat itu ibarat api sementara kegelapan ibarat asapnya. Jiwa akan menjadi gelap krn tompokan maksiat…dan ia hanya akan menjadi bersih dgn bertaubat kpd Allah SWT.

Taubat merupakan pusat(maqam) pertama di mana segala amal ibadat kita hanya akan diterima Allah jika didahului dgnnya. Besi yg berkarat tidak akan bersih dgn sendirinya tanpa kita yg membersihkannya…dan utk kembalikannya kpd rupa bentuk yg asal memerlukan proses-proses tertentu…begitulah yg dimaksudkan dgn taubat...bagaimana hati yg kotor boleh diterima amalannya tanpa disucikan terlebih dahulu…???!!!

Sabda Rasulullah SAW: “Ketika seorang mukmin melakukan satu dosa akan ada bintik hitam di jiwanya. Jika ia bertaubat, sedar dan memohon keampunan, bintik hitam tadi akan terhapus. Namun jika ia terus menambah dosa, bintik hitamnya akan bertambah hingga menutup jiwanya. Itulah kotoran yg Allah maksudkan dlm al-Quran : Jgn sesekali berbuat demikian, sebenarnya perbuatan-perbuatan mereka mengotori hati mereka”. (HR al-Tirmidzi, disahihkan oleh Nasa’i)

Hanya taubat yg dpt mencuci hitamnya jiwa seorang hamba Allah sehingga amal soleh boleh nampak jelas dan diterimaNya. Oleh itu, jgn ditangguhkan lagi…..mohonlah taubat kpd Allah SWT sentiasa….dgn itu, hidup akan menjadi lebih baik krn taubat itu adalah kurniaan Allah kpd hambaNya yg terpilih.

Firman Allah: Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) fasik setelah iman dan siapa yg tidak bertaubat, maka mereka itulah org2 yg zalim. (Al-Hujurat : 11)

Perhatikan ayat al-quran di atas (al-Baqarah : 222), ayat tersebut menunjukkan bahawa Allah meletakkan hambaNya yg bertaubat sebagai org yg dicintaiNya, bukan lagi yg mencintai. Bermakna kita akan termasuk dikalangan org yg dicintai Allah jika kita bertaubat. Subhanallah…….besarnya ganjaran Allah kpd hambaNya, takkah kita merasa rugi jika masih tak mengambil iktibar dr ayat ini?

Suatu hari Syeikh Abu al-Hasan al-Syadzili bercerita; Aku pernah ditegur: “Wahai Ali, bersihkan bajumu dgn pertolongan Allah. Pasti ia akan sentiasa terpelihara”. Aku pun bertanya: “Baju yg mana?”. Ia menjawab: “Allah telah memberimu pakaian Islam. Siapa yg mengenali Allah, yg lain tiada erti baginya. Siapa yg mencintai Allah, yg lain menjadi hina pd pandangannya. Siapa yg mengesakan Allah, ia tidak akan menyekutukanNya. Siapa yg beriman kpd Allah pasti aman dr segala sesuatu serta siapa yg berserah diri pd Allah, kecil kemungkinan akan terjerumus. Sekiranya terjerumus, ia akan cepat memohon keampunan dan ketika meminta keampunan, pasti akan dikabulkan”.

Syeikh Abu al-Hasan lantas berkata: “Darinya aku memahami firman Allah yg berbunyi : ‘Bersihkan Bajumu!’, ”.

Jadi, apakah kita masih selesa memakai pakaian yg dikotori dgn lumpur maksiat dan dosa, sedangkan kita mampu membersihkannya dgn iman dan taqwa…tidakkah ia sesuatu yg pelik???!!!

Ana tertarik dgn kata-kata seorang pendakwah dlm penulisannya, ‘Wahai manusia, ketika kamu merasa berat utk melakukan amal ketaatan dan ibadat, ketika kamu merasa sibuk dan tidak mendapat kenikmatan di dalamnya, lalu kamu memandang ringan maksiat bahkan merasa nikmat sehingga kamu melakukan maksiat dgn mudah…dlm keadaan itu, ketahuilah bahawa kamu belum jujur dlm bertaubat. Dlm hatimu masih terdapat penyakit. Kamu belum sampai ke tahap org yg ikhlas dan bertaubat. Krn jika dasarnya benar, cabangnya juga pasti benar. Begitulah juga sebaliknya’.

Oleh itu, sahabat-sahabat sekalian, pembersihan jiwa sangat penting kpd diri kita sebagai seorang muslim…..tidak ada ertinya ‘muslim’ tanpa ‘iman’ di dada…maka mulakanlah dgn taubat…..sucikan kembali hati kita yg tlh lama dikotori dosa-dosa… dgn pancaran cahaya iman.

No comments:

Post a Comment