Maulidur Rasul.....Sejauh Mana Penghayatan Umat Islam

Salam alayk wbt…ila ikhwan wa akhawat…Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin…….selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat baginda dan seluruh muslimin muslimat…

Lazimnya umat manusia zaman ini sering menyambut ulang tahun kelahiran masing-masing, mungkin sebagai suatu peringatan atau sekadar ingin berseronok. Tetapi ingat, jangan sampai melampaui batas! Hakikatnya, bertambahnya umur kita maka semakin berkuranglah usia kita di dunia ini…..

Hari ini 12 Rabiul Awal 1429H bersamaan 20 Mac 2008, merupakan ulang tahun keputraan baginda SAW dan sebagai umat islam ia adalah hari yang cukup bermakna bagi kita semua. Kerana apa? Kerana hari inilah semua umat manusia akan mengingati junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bukanlah maksudnya, sebelum ni kita tak ingat langsung…tapi tak mustahil ada yang dah terlupa terus selama ini….. jadi, hari ini kalau dulu terlupa terus, sekurang-kurangnya ingat kembali walaupun sedikit atau sekejap….dengan kesempatan yang ada ni, gunakanlah sebaiknya…..

“Apa nak buat ye….. cuti hari ni (maulidurrasul)? Nak g mana ye?”. Mungkin ada yang menganggap cuti yang dah di highlightkan di kalendar setiap tahun ni sebagai cuti biasa je…bukan persoalannya nak buat atau pegi mana…..tapi gunalah kesempatan dan peluang yang ada ni dengan perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda SAW. Itulah pelaburan yang nampak sedikit, tapi sangat besar peranannya di Mahsyar kelak.

Tak perlu sambut dengan gilang gemilang…..tapi tak memberi kesan kepada jiwa. Cubalah yang sedikit tetapi dapat terus menusuk ke dalam jiwa kita…..

Nak buka sikit sejarah hidup baginda yang semakin hari semakin ramai yang lupa…..dan ada juga yang ‘mempermainkan’nya. Na’uzubillah min zalik…segeralah beristighfar.

Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Makkah (Arab Saudi) pada 570 masihi. Baginda telah berkahwin dengan Siti Khadija ketika usianya 25 tahun. Diberi gelaran ‘Al-Amin’ oleh penduduk Makkah kerana kebijaksaan dan kejujurannya. Mendapat wahyu pertama di gua Hira’ ketika umurnya 40 tahun. Dalam masa 23 tahun, Baginda SAW berusaha menyebarkan islam ke seluruh umatnya (10 tahun-Makkah & 13 tahun-Madinah). Baginda SAW wafat ketika usianya 63 tahun.

Selebihnya, tonton slide di bawah…..



Bila ana tengok slide ni, terbuka sikit mata…..nampak jelas mesej yang nak di sampaikan…. Harap antum pun macam tu juga. Hayati lirik di bawah…..ana rasa ia cukup menyentuh hati.

SELAWAT JUNJUNGAN (IN TEAM)

Ya Nabi Salamun ‘Alayk…Ya Rosul Salamun ‘Alayk
Ya Habib Salamun ‘Alayk…Solawatullohi ‘Alayk

Di mulakan dengan selawat ke atas Nabi Syafi‘ul ummat
Moga diberkati hidupku, selamat di dunia dan akhirat

Pergimu tiada pengganti, hilanglah seri buana ini
Kaulah penyeri kaulah purnama, Yang menerangi hidup manusia
Lahirmu dijanjikan Allah, Membawa rahmat sekelian alam
Membina umat yang bertamadun
Kaulah nabi kekasih Allah (Ya Muhammad)

Walau ujian melanda ,kau sabar menghadapinya
Kau contoh sebaik umat, tauladan sepanjang zaman
Walau kau tiada lagi, kau tetap disanubari
Jasamu terlalu agung, namamu tetap di hati


Baiklah, tak nak tulis panjang-panjang…..Cuma nak ingatkan sekali lagi, rajin-rajinlah berselawat ke atas baginda SAW…..tak lupa juga yang utama banyakkan zikrullah. Selain dapat tenangkan jiwa dan fikiran mudah-mudahan mendapat keberkatanNya. Akhir kalam, wassalam.

No comments:

Post a Comment